SMS: Arah Anwar undur atau anak Izzah diculik;

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan daripada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterimanya.

NONEDalam laporan polis itu, beliau berkata SMS berbentuk “ancaman serius” terhadap anaknya diterima daripada seseorang yang tidak dikenali kelmarin.

“Ugutannya adalah bahawa anak saya akan menerima nasib seperti Sharlinie jikalau saya terus menyokong ayah saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR). Saya (juga dikatakan) tidak dapat menyelamatkan anak saya.

“Dia juga mengancam bahawa jika saya tidak mendesak ayah saya berhenti dari politik maka sesuatu akan berlaku kepada anak saya,” tulisnya dalam laporan polis itu.

Sharlinie Mohd Nashar, 5, hilang pada 9 Januari 2008 dan sehingga hari ini masih belum dapat dikesan. Beliau mangsa penculikan kedua selepas Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang ditemui mati selepas sebulan diculik pada 20 Oktober 2007 dekat rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

dap pc on crime sharlinie campaign 280108 groupDalam laporan hari ini, Nurul Izzah berkata beliau menerima ugutan SMS kedua yang hampir sama semalam.

SMS berkenaan juga mengancam bahawa “sesuatu yang tidak elok” akan berlaku kepada anaknya kecuali jika beliau berhenti menyokong ayahnya.

Beliau membuat aporan polis itu di ibu pejabat polis Dang Wangi di ibu negara pagi ini dengan ditemani ibunya Datin Seri Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR dan diiringi tiga peguam dan tidak kurang 15 penyokong.

Nurul Izzah mempunyai dua orang anak, yang sulung adalah perempuan, manakala yang kedua pula adalah lelaki.

SMS penuh yang diterima berbyunyi seperti berikut:

“YB Nurul, berhati-hati, jangan terus menerus menyokong ayah YB, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang ada yg sakit hati nak jadikan nasib anak YB macam Sharlinie.

“Oleh itu sebelum apa-apa terjadi, YB bercakaplah benar walaupun pahit tentang ayah YB, dengan ini YB dapat selamatkan anak YB. disamping itu dapat halang ayah dari terus tipu rakyat, berhenti dari politik dan selesaikan masalah peribadi. 

“Jadilah ibu yang penyayang dan anak yang bertanggungjawab.”

Dipercayai bermotif politik

Menurut Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Lembah Pantai beliau pertama kali menerima ugutan itu pada 5 Mei lalu daripada individu tersebut yang mendesak bahawa “ada sesuatu perkara yang penting” untuk diberitahu kepadanya

anwar speech at mpaj 050511 01“Dia juga meminta agar saya menelefon beliau dengan segera. SMS tersebut diulang dua kali pada hari yang sama,” katanya.

Katanya, beliau amat bimbang terhadap keselamatan anak-anak dan keluarganya.

Beliau menyifatkan “ancaman” tersebut bermotif politik dan bertujuan untuk menamatkan perjuangan politik ayahnya.

“Saya percaya kesalahan serius telah dilakukan oleh penghantar SMS ini termasuk ugutan jenayah menurut seksyen 503, konspirasi jenayah di bawah seksyen 120A, dan konspirasi serta percubaan untuk melakukan kesalahan jenayah di bawah seksyen 364 iaitu menculik dengan tujuan membunuh dan/atau menyebabkan kematian,” katanya dalam laporan polis itu lagi.

NONESemua peruntukkan tersebut di bawah Kanun Keseksaan.

“Ini bukan kali pertama keluarga saya diancam bermotifkan politik kerana sebelum ini ugutan fitnah video seks dan sabotaj terhadap kereta yang dipakai ayah saya pada 19 April 2011

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Akaun Swiss Taib disiasat Finma;

Sebuah badan kawal selia Switzerland sedang menyiasat dakwaan aset haram yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang tersimpan di akaun bank di negara tersebut.

Perkara ini disahkan oleh Swiss Financial Markets Authority (Finma) pada 10 Mei lalu kepada sebuah NGO berpangkalan di Basel, Dana Bruno Manser (BMF) dan salinannya diberikan kepada Malaysiakini melalui kenyataan akhbarnya malam semalam.

NONESurat itu dikatakan sebagai jawapan oleh President Switzerland Micheline Calmy-Rel yang menerima laporan mengenai Abdul Taib daripada BMF.

Dalam surat bertarikh 8 April kepada BMF, Presiden Calmy-Rel berkata beliau telah membaca dan melihat laporan itu dengan penuh minat.

“Kami telah membaca dengan minat huraian lengkap anda mengenai Abdul Taib Mahmud dan juga rombongannya berserta hubungan mereka dengan Switzerland.

“Memandangkan (Finma) mengamalkan penyeliaaan pusat ke atas bank-bank, syarikat insurans, bursa saham, sekuriti dan badan-badan kewangan lain, kami telah mengajukan surat anda kepada Finma,” katanya.

Ditubuhkan pada 2007, Finma adalah badan kawal selia bebas dari segi fungsi dan kewangan daripada kerajaan pusat dan melapor terus kepada parlimen negara itu.

Dalam suratnya, Calmy-Rel berkata undang-undang Switzerland membenarkan aset yang berpunca daripada kegiatan jenayah dikembalikan kepada negara asal.

Katanya lagi, undang-undang negara itu juga membolehkan kerajaan membekukan aset berkenaan mengikut budi bicara mereka dan membantu dalam kes-kes mahkamah yang membabitkan pencurian aset.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Bernard Dompok: Apa salahnya PM Kristian?

Walaupun percaya ia tidak akan menjadi kenyataan, Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok mengemukakan persoalan apa salahnya memiliki seorang perdana menteri yang beragama Kristian.

merdeka statement launch 020807 bernard dompok“Perlembagaan tidak menetapkan keperluan agama untuk menjadi seorang perdana menteri, satu-satunya syarat adalah keupayaannya mendapat majoriti dua pertiga dalam parlimen.

“Sekiranya Iban, Bidayuh, Kadazandusun, Murut, Kelabit, Cina atau India yang menjadi rakyat Malaysia boleh memenuhi peruntukan dalam Artikel 43 dalam perlembagaan, dia boleh menjadi perdana menteri di negara ini,” katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau bagaimanapun tetap membidas Utusan ekoran laporannya berhubung usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan, sekaligus melantik perdana menteri daripada kalangan penganut agama itu.

Bernard berkata, tindakan akhbar itu mempromosikan trend yang tidak sihat dengan melaporkan tanpa usaha mengesahkan kebenaran faktanya terlebih dahulu.

Perkara itu, menurutnya menjejaskan keamanan dan keharmonian negara ini.

jeff ooi lodge police report against utusan 080511 1“Bagaimana sebuah akhbar kebangsaan, bukan hanya mencetak, tetapi mensensasikan tulisan penulis blog. Ini adalah kemuncak (sikap) tidak bertanggungjawab,” katanya.

Menurut Bernard, dari pengalamannya menghadiri sesi sembahyang penganut Kristian, kumpulan itu sebaliknya memohon untuk kebaikan negara, pemimpin dan rakyatnya.

“Kedudukan Islam dijamin dalam perlembagaan dan diterima tanpa soal oleh seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai kepercayaan agama,” katanya.

Sebaliknya, tambah Bernard, apa yang orang bukan Islam mahukan adalah kebebasan untuk mengamalkan ajaran masing-masing dengan aman.

“Seperti kata perdana menteri, kita mesti bergerak daripada sikap toleransi kepada menerima antara satu sama lain,

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Usaha bunuh Anwar & Keluarganya:

Pemandu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyaki terdapat usaha jahat mensabotaj kenderaan yang lazimnya digunakan majikannya itu sehingga berlakunya kemalangan pada 19 April lalu.

NONESehubungan itu AbdullahSani Said yang telah berkhidmat selama 28 tahun dengan Anwar tampil membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 tadi.

Beliau mendakwa tindakan merosakkan kenderaan Mercedes Benz S350 itu sebagai satu bentuk ancaman.

Menceritakan kemalangan kira-kira dua minggu lalu, Abdullah Sani berkata, di petengahan jalan ketika membawa Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin daripada program parti di Chemor, Perak, kereta yang dipandunya terhuyung-hayang.

NONESelepas itu, kata Abdullah Sani, sebuah lori memotongnya sehingga memaksa beliau menghentikan kereta itu secara mengejut dalam kejadian di Lebuhraya Utara-Selatan itu.

Kereta mewah itu bagaimanapun bergoyang dan kedengaran letupan datang sebelah belakangnya.

Selepas meletakkan kereta di tepi tepi jalan, beliau mendakwa menjumpai beberapa bahagian cakera brek di merata-rata tempat, sekali gus menjadikan kereta itu tidak boleh bergerak lagi.

Bagaimanapun, menurut laporan polis, kejutan besar datang apabila mekanik biasanya memaklumkan bahawa pin pada nat untuk menyokong cakera brek telah dikeluarkan.

Katanya, beliau dimaklumkan, adalah mustahil nat itu boleh terkeluar dengan sendirinya tanpa dilakukan seseorang.

Justeru, beliau percaya terdapat usaha mencederakan atau membunuh Anwar.

Katanya, berdasarkan maklumat mekanik itu kepadanya, terdapat unsur sabotaj dengan mengambil kira kenderaan itu selalu digunakan Anwar.

Memasukkan pengakuan mekanik itu dalam laporan polisnya, Abdullah Sani berkata beliau kini risaukan keselamatan Anwar dan keluarganya.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

PKR: Umno beri kerakyatan untuk kukuhkan undi;

PKR hari ini mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan bahawa Umno cuba mendapatkan kerakyatan Malaysia untuk tidak kurang 2,000 penghuni tetap di Hulu Selangor bagi mengukuhkan sokongan undi mereka pada pilihan raya akan datang.

NONETimbalan pengerusi PKR selangor, Zuraida Kamaruddin pada sidang media hari ini menunjukkan kepada wartawan surat yang didakwa bukti Umno menyalahgunakan proses kerajaan.

Surat bertarikh 23 Mac dari ketua Umno bahagian Hulu Selangor Mohamed Idris Abu Bakar dialamatkan kepada Menteri Dalam Negeri dan naib presiden parti itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Dengan sukacita kami memaklumkan telah mengenalpasti dan mengesahkan memperolehi senarai individu-individu bakal pengundi (PR) yang boleh membantu kemenangan BN dalam kawasan parlimen Hulu Selangor untuk pilihan raya ke-13,” petik surat berkenaan.

NONE“Mereka adalah daripada kalangan para pelajar, usahawan tulen dan yang berkerjaya, di mana mereka ini boleh sama-sama membangunkan negara ke arah yang lebih maju dan progresif di samping akan memenangkan BN bagi setiap pilihan raya, khususnya semasa plihan raya umum yang ke-13.

“Dengan ini, diharapkan Datuk Seri dapat memberi kelulusan awal (minit kelulusan) supaya pihak kami dapat menguruskan permohonan ini dengan lancar dan sempurna,” kata Idris dalam suratnya itu.

Surat itu mempunyai logo Umno dan dialatkan ke Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

PERKASA sokong PM, dunia lebih selamat tanpa Osama;

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyokong kenyataan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa dunia kini lebih selamat selepas pemimpin Al-Qaeda Osama bin Laden dibunuh Amerika Syarikat.

NONENamun, PERKASA tetap membantah tindakan Amerika Syarikat yang membunuh dan membuang jenazah Osama ke laut, kata timbalan presiden pertubuhanMelayu itu, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar (kanan).

“Apa yang kita bantah ialah tindakan membuang jenazah itu ke laut sebab itu menghina (Osama) sebab dia ada agama, sebagai seorang Islam.

“Agama mana yang benarkan mayat penganutnya dibuang ke laut?” katanya lagi ketika dihubungiMalaysiakini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan tindakan Amerika yang menembak mati Osama dalam operasi mengejut di sebuah perkampungan di Pakistan pada 2 Mei lalu.

azlan“Ini juga satu penghinaan. Kenapa dia dibunuh kalau dia tidak ada senjata. Kenapa dia tidak ditangkap dan dibicarakan,” katanya lagi ketika dihubungiMalaysiakini.

Terdahulu, beliau bersama sekumpulan lebih sepuluh orang anggota PERKASA berhimpun di hadapan kedutaan Amerika di Jalan Ampang, Kuala Lumpur bagi menyuarakan bantahan ke atas pembunuhan berkenaan.

Satu notis bantahan yang dialamatkan kepada presiden Amerika Barack Obama turut diserahkan kepada seorang pegawai kedutaan berkenaan petang ini.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Najib minta Umno mantap persiapan hadapi PRU;

Seluruh ahli parti perlu meningkatkan usaha untuk memantapkan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum Ke-13 yang pasti tiba, kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak. 

“Bunyikan semboyan, pukullah gendang perang dan panaskan jentera. Jangan sesekali membiarkan fitnah, kepalsuan dan cubaan untuk memperdaya rakyat berjaya. 

NONE“Ingatlah, jasa-jasa lalu akan hanya tinggal dalam lipatan lembaran sejarah jika kita gagal dalam ujian yang besar ini. Umno perlu terus gagah dan relevan untuk melakar jasa-jasa baru demi untuk agama, bangsa dan negara,” katanya dalam perutusan sempena Hari Ulang Tahun Umno ke-65 yang akan disambut esok.

Perdana menteri berkata badai yang telah melanda parti pada pilihan raya umum yang lepas bukanlah alasan untuk terus bersikap pesimistik dan kini bukan masanya untuk terus mengeluh serta mengenang perkara lalu.

“Hakikatnya jika kita masih lagi tidak mengenal pasti apa kesilapan kita dan mengambil langkah-langkah pembetulan setelah lebih tiga tahun pilihan raya umum ke-12 berlalu maka kita sebenarnya hanya menempah masa depan yang kelam untuk parti dan rakyat. 

“Kini adalah masa untuk bertindak dan bekerja bukannya masa untuk bernostalgia dan beremosi,” katanya. 

Beliau berkata ahli parti harus bersyukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana masih menjadi parti pemerintah yang mendapat kepercayaan dan diyakini orangMelayu dan Bumiputera khasnya serta rakyat Malaysia amnya. 

Katanya, kepercayaan dan keyakinan ini bukan wujud secara semula jadi tetapi dimenangi serta dipupuk hasil keikhlasan dan iltizam perjuangan generasi kepimpinan dan ahli Umno silih berganti.

“Ia tidak mungkin berterusan tanpa kemampuan kepimpinan dan ahli-ahli Umno untuk terus merasai denyut nadi rakyat serta mendukung aspirasi mereka,” katanya. 

Najib berkata, dalam usia 65 tahun, Umno telah menempuh pelbagai cabaran serta tribulasi.

“Pengalaman dan sejarah telah menjadikan Umno parti politik yang kuat, realistik, matang serta berpijak di bumi nyata. Ia telah mencanai Umno dengan keanjalan untuk berubah sesuai dengan tuntutan landskap politik mutakhir, memastikan parti terus segar dan relevan,” katanya.

Sejak mula ditubuhkan sebelum merdeka lagi, Umno telah membuktikan kemampuannya sebagai sebuah parti politik yang bukan sahaja mampu menyatukan orang Melayu tetapi juga untuk menerajui pemerintahan negara, katanya.

“Sejarah telah membuktikan betapa besarnya peranan dan sumbangan Umno. Kita tidak akan lupa jasa tokoh-tokoh seperti Datuk Onn (Jaafar), Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak (Hussein), Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir (Mohamad), TunAbdullah Ahmad Badawi serta lain-lain tokoh Umno yang telah begitu banyak berjasa kepada parti dan negara.

“Sementara kita semua menghargai jasa dan sumbangan para pejuang bangsa ini, pemimpin, ahli, dan penyokong UMNO perlu sedar bahawa segala jasa dan sumbangan Umno terhadap agama, bangsa dan negara tidak menjamin kelangsungan sokongan rakyat kepada Umno sebagai parti pemerintah di negara ini.

“Untuk itu kita perlu meneruskan perjuangan pendahulu-pendahulu kita untuk menjadi juara rakyat,” katanya.

Najib berkata Umno dan rakan-rakan komponen BN perlu memastikan agar hari ini untuk warga Malaysia adalah lebih baik dari hari semalam dan fajar menyinsing di hari esok akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk mereka dan anak-anak mereka. 

“Marilah kita bersama-sama rakan-rakan dalam BN untuk terus bekerja keras dan berusaha dengan gigih bagi mencipta masa depan Malaysia yang lebih makmur, marilah kita bersama-sama untuk meletakkan negara tercinta ini di tempatnya yang hak di persada antarabangsa.

“Insya-Allah berkat kesungguhan dan iltizam padu kita, Umno akan terus berjaya,”

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Nik Aziz: Gesaan MCA pulaukan Utusan tepat;

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mengecam Datuk SeriAnwar Ibrahim yang didakwa melabelkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘pandi kutty’.

NONEMenulis di Facebook, semalam, Nik Aziz berkata adalah menghairankan bagaimana Utusan, sebuah akhbar yang menjadi juara penyebaran kelucahan kepada masyarakat kini mahu menjuarai adab sopan.

“Saya terbaca tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, “Anwar Dikecam,” kononnya kerana guna kata-kata kesat serang Perdana Menteri.

“Hairan saya, akhbar yang menyebarkan segala bentuk kelucahan dalam masyarakat hari ini menjadi juara adab sopan?” tulisnya.

Utusan Malaysia
 pada muka depannya semalam meletakkan tajuk ‘Anwar dikecam’ dengan membawa beberapa pandangan individu membidas sikap Anwar yang didakwa melabelkan Najib sebagai ‘pandi kutty’ – perkataan bahasa Tamil yang bermaksud anak babi.

Malah, akhbar milik Umno itu mencetak bidasan seperti pemimpin Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin yang berkata Anwar mengalami “sindrom pra-haid (PMS), kesan daripada kes liwat dan video seks yang sedang dihadapinya.”

Gesaan yang tepat

gaps protest at pkr hq 130311 hamidzun khairuddinHamidzun seperti pemimpin-pemimpin Umno yang lain termasuk Khairy Jamaluddin, Datuk Ibrahim Ali dan Mohammad Ezam Mohd Noor membidas Anwar hanya berasaskan laporan Utusan, tanpa mengesahkan kesahihan komen Anwar itu.

Mengulas isu yang sama, Najib dalam laporan Bernama, berkata kata-kata kesat yang dilemparkan itu tidak menjejaskan waktu tidur beliau.

“Ini tak menyebabkan saya tak tidur jendera (lena) waktu malam kerana dia (Anwar) buat sebutan sebegitu sebab saya yakin rakyat boleh menilai perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin sepertinya,” katanya.

azlanNajib juga berkata ketua umum PKR itu sebagai sudah terjebak mengamalkanpolitik tidak beretika dan yakin rakyat boleh menilai sikap sebenar Anwar.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, gesaan MCA sebelum ini agar Utusan dipulaukan, sangat tepat.

“Tepat sungguh gesaan MCA agar Utusan Malaysia dipulaukan,”tulisnya lagi.

MCA bulan lalu menggesa rakyat Malaysia supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mecadangkan gerakan ‘1Melayu, 1Bumi’ diutamakan. Parti itu mendakwa cadangan itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum.

Sebarkan fitnah

azlanAnwar dalam Twitternya semalam menulis serangan terbaru isu ‘pandi kutty’ terhadapnya itu adalah fitnah terbaru Umno BN.

Menurut laporan TV Selangor yang merakam penuh ceramah Anwar di Klang, Sabtu lalu itu, ketua pembangkang itu tidak langsung menghemburkan perkataan itu terhadap Najib.

Sebaliknya Anwar pada ceramahnya berkata perkataan pandi kutty mungkin dianggap kasar namun mengingatkan hadirin bahawa tidak ada dalam mana-mana budaya di dunia ini menggunakan taktik-taktik kotor seperti video lucah untuk menjatuhkan pemimpin politik.

jeff ooi lodge police report against utusan 080511 1“Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul pandi kutty.” kata Anwar pada ceramah tersebut.

Sebelum ini, Utusan juga dikecam banyak pihak berikutan tindakan keterlaluan akhbar itu menyiarkan pelbagai berita fitnah di muka depan laporan serta gambar, termasuk berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar .

Sabtu lalu, akhbar itu mendakwa golongan paderi bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

P’raya umum agenda utama BN Jumaat ini:

Persediaan pilihan raya umum ke-13 akan menjadi perkara utama yang akan dibincang pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN Jumaat ini memandangkan ia akan mengendalikan pilihan raya ‘percubaan’ tidak lama lagi.

azlanSetiausaha agung BN, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kertas kerja mengenai pilihan raya ‘percubaan’ itu akan dibentang dalam mesyuarat berkenaan memandangkan BN dijadual mengadakannya Julai ini.

“Kemungkinan besar kami akan menyentuh mengenai prestasi dan analisis pilihan raya Sarawak, pendaftaran pengundi dan saya sendiri akan membentangkan kertas kerja ‘dry run’ itu. Semua ini berkait dengan persediaan pilihan raya umum kerana kita perlu bersedia untuk menghadapinya,” katanya kepada Bernama hari ini.

Tengku Adnan berkata BN perlu membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum dengan mengambil iktibar daripada beberapa pilihan raya kecil sebelum ini dan pilihan raya negeri Sarawak.

Parti komponen BN di Sarawak juga dijangka membentangkan laporan mengenai pilihan raya negeri itu pada mesyuarat berkenaan untuk digunakan sebagai input dalam merangka strategi pilihan raya umum akan datang.

“Kami akan melihat pelbagai aspek dalam usaha memperkuatkan persediaan kami untuk pilihan raya akan datang,” katanya.

NONEDalam pilihan raya negeri Sarawak 16 April lepas, BN menang 54 daripada 71 kerusi, sekaligus mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri.

Presiden Parti Liberal Demokratik Sabah Datuk V.K Liew berkata kajian semula pilihan raya Sarawak penting untuk BN kerana mereka perlu melihat kelemahan mereka dalam usaha mempersiapkan diri untuk pilihan raya akan datang.

“Biasanya, apabila kita melalui sesuatu pilihan raya, kita boleh melihat sejauh mana keberkesanan jentera kita. Ia adalah pengajaran untuk membolehkan kita memperbaiki diri bagi menghadapi pertandingan yang lebih besar,”

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Pandi Kutty: Kenapa Najib begitu terasa? soal Azizah

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ‘hairan’ mengapaUtusan Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu ‘melenting’ dengan perkataan ‘pandi kutty’ yang disebut suaminya pada ceramah di Kelang, Sabtu lalu.

NONE“Kalaulah Perdana Menteri Najib kata Anwar kata dia ‘pandi kutty’, Anwar tak kata dia. Anwar kata siapa yang rasuah, siapa yang buat fitnah, siapa yang bunuh, itulah perangai ‘pandi kutty’. 

“Yang mereka nak terasa kenapa? Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya,” kata Azizah dalam siri ceramah Jelajah Selangor di Meru di Klang, malam semalam kepada TV Selangor.

Akhbar Utusan Malaysiamilik Umno semalam melaporkan kononnya Anwar menggunakan ungkapan bahasa Tamil itu yang bermaksud anak babi terhadap Najib.

Berasaskan laporan Utusan itu, perdana menteri dan juak-juak Umno membidas Anwar tanpa usul periksa mengenai kesahihan laporan berkenaan.

Melemahkan Melayu

Najib juga menuduh Anwar sebagai mengamalkan politik tak beretika kerana kononnya menggunakan perkataan kesat itu terhadap beliau.

azlanTV Selangor dalam laporannya semalam berkata rakaman penuh yang dibuat menunjukkan Anwar tidak menggunakan perkataan itu terhadap Najib tetapi terhadap taktik-taktik jijik yang digunakan, khususnya video lucah untuk menjatuhkannya.

“Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus kearah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul “pandi kutti.

“Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu Arab, adakah anda lawan politik begitu kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada,” kata Anwar di Dewan Hamzah Kelang, Sabtu lalu.

NONEAzizah juga berkata Utusan gagal menurut tujuannya iaitu membina wacana orang Melayu sebaliknya melemahkan lagi pemikiran dengan isu remeh.

Merujuk berita muka hadapanUtusan 9 Mei lalu, katanya, akhbar itu menyiarkan permintaan bekas ahli PKR Aminah Abdullah yang mahu beliau bercerai dengan Anwar kerana video seks yang diuar-uarkan itu.

“Apa hal ‘pandi kutty’ pun nak jadik berita besar? Cik Aminah (Abdullah), orang Meru pun tak kenal Cik Min, boleh jadi muka depan suruh (saya) cerai. Ini pun jadi berita. Apa jadi denganUtusan Malaysia? Sepatutnya menjana pemikiran orang Melayu. Apa orang Melayu tak ada pemikiran? Apa beginikah cara menjamu pemikiran orang Melayu?” soal Azizah.

Beliau juga kesal kerana media arus perdana termasuk Utusancuba mengalihkan rakyat daripada masalah-masalah yang mencengkam kehidupan harian seperti kenaikan harga gula dan ketirisan kewangan di bawah pentadbiran Umno-BN.

Posted in Uncategorized | Leave a comment