Pejabat PM arah Utusan hentam Buku Jingga;

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia didakwa diberikan arahan khas untuk menghentam rancangan 100 hari Pakatan Rakyat yang disenaraikan dalam Buku Jingga sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

NONEMenurut sumber, arahan daripada Pejabat Perdana Menteri itu dikesan melalui nota seorang wartawan kanan kepada kepada pengarang dan pembantu pengarang beritaUtusan Malaysia yang diletakkan dalam ‘satu sistem’ akhbar itu pada 21 Mac lalu.

Nota itu menyebut, setelah hadir ke taklimat di pejabat berkenaan pada tarikh yang sama, pejabat tersebut memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada keesoknya (22 Mac) akan bercakap mengenai “kesan negatif” jika janji pembangkang dalam Buku Jingga dilaksanakan.

Sehubungan itu, semua akhbar, terutamanya Utusan Malaysia, diminta mendapatkan komen pelbagai pihak — antaranya pemimpin parti komponen BN, penganalisis ekonomi dan tokoh akademik — bagi menyokong kenyataan Najib itu.

NONE“Komen-komen ini boleh disiarkan secara berperingkat-peringkat sehingga Ahad ini mulai esok,” tulisan dalam nota yang diperoleh Malaysiakiniitu dipetik.

Wartawan kanan itu juga meminta bantuan Meja Am dan Meja Ekonomi akhbar itu untuk melakukannya kerana biro yang diketuainya agak sibuk pada masa itu.

Benar-benar hentam

Semakan Malaysiakini di Utusan versi dalam talian mendapati terdapat sekurang-kurangnya tujuh laporan berkenaan Buku Jingga dimuatkan di akhbar milik Umno itu sepanjang tarikh yang diarahkan.

Isu berkenaan juga didapati terus disentuh selepas tarikh berkenaan.

NONEMalaysiakini juga mendapati, Najib pada 22 Mac benar-benar menghentam Buku Jingga yang dihasilkan bersama PKR, DAP dan PAS itu.

Beliau dilaporkan mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan tindakan Pakatan “menyogok dokumen-dokumen janji”, terkini melalui Buku Jingga sehingga risikonya kelak mendatangkan kesengsaraan dan bala bencana kepada negara.

Najib ketika berucap di Putrajaya juga dilaporkan berkata, parti yang bertanggungjawab lebih rela tidak popular untuk jangka pendek dari membankrapkan negara dalam jangka panjang.

azlanUtusan turut memuatkan komen beberapa pemimpin BN yang mempunyai nada sama, antaranya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (naib presiden Umno), Datuk Seri Dr Rais Yatim (menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan) serta T Mohan (ketua Pemuda MIC).

Sepanjang tempoh arahan itu juga, Utusan turut memetik pandangan penganalisis politik dan ahli akademik Dr Chandra Muzaffar, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian, selain ulasan oleh kolumnisnya sendiri, termasuk penulis kontroversi Awang Selamat.

Sementara itu, dakwaan campurtangan kerajaan dalam media bukanlah perkara baru dan sering disebut oleh pemimpin pembangkang, terutama dalam ceramahnya.

Lagi dakwaan campurtangan k’jaan

Sebelum ini, perkara yang hampir sama didedahkan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari.

azlanBercakap kepada portal berita Free Malaysia Today(FMT), dakwanya agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipengerusikan Najib.

Wartawan kananUtusan yang dipecat itu berkata, agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat itu akan disampaikan kepada ketua pengarang melalui pejabat Perdana Menteri.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s