DAP sasar kerusi Melayu di T’ganu, Kelantan;

Selepas kemenangan memberangsangkan pada pilihan raya negeri Sarawak April lalu, DAP kini memperhebatkan usaha melebarkan pengaruhnya ke kawasan-kawasan pengundi bukan Cina.

Selain Sarawak, DAP kini mensasarkan sekurang-kurangnya satu kerusi di kawasan majoriti Melayu di Kelantan dan Terengganu.

Chong Snr ceramah in kuching“Kami mempunyai hasrat yang tinggi untuk bertanding di kerusi dewan undangan negeri Bandar di Terengganu. Manakala bagi Kelantan, kami masih memantau dan mengenalpasti kerusi berkenaan,” kata timbalan setiausaha organisasi DAP, Vincent Wu.

“DAP akan timbulkan tuntutan in pada mesyuarat Pakatan Rakyat akan datang.”

Wu, yang juga pengarah hal ehwal pembangunan bagi DAP Kelantan dan Terengganu berkata tuntutan berkenaan adalah hasrat penyokong akar umbi di kedua-dua negeri itu.

azlan“DAP pernah bertanding di Kelantan dan Terengganu sekitar tahun 1980an. Sudah tiba masanya untuk bertanding semula di kedua-dua negeri itu berikutan latarpolitik semasa negara,” kata Wu dalam satu kenyataan selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan DAP cawangan Gua Musang.

Kali terakhir DAP bertanding di Kelantan dan Terengganu adalah ketika pilihan raya 1990 apabila parti itu meletakkan seorang calon di kerusi negeri kawasan Padang Garong yang terletak di kawasan parlimen Kota Bharu.

Kata Wu, sejak akhir-akhir ini media arus perdana milik Umno dan BN telah melabelkan DAP sebagai parti Cina bagi menakut-nakutkan pengundi berbangsa lain.

azlan“Justeru, bagi membuktikan DAP adalah parti pelbagai bangsa, selain merekrut ahli bukan Cina, kami akan juga mengenalpasti lebih banyak kerusi bersesuaian melalui rundingan dengan parti komponen Pakatan,” katanya.

Bagimanapun cadangan pengembangan DAP itu dijangka menimbulkan rasa tidak puas hati PKR yang telah bertanding di kerusi-kerusi yang mempunyai peratus bukan Melayu yang ketara.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s