SPAD perjelas laporan rel laju KL-S’pura;

Kerajaan hanya akan memulakan kajian prakebolehlaksanaan bagi hubungan Rel Kelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura tidak lama lagi, demikian menurut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini.

Ia berkata satu artikel yang dikeluarkan oleh Nanyang Siang Pau pada hari Rabu mengenai cadangan projek itu adalah tidak tepat, katanya dalam satu kenyataan.

Kajian berkenaan akan dikendalikan secara bersama oleh SPAD dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), akan menentukan daya maju hubungan rel sedemikian, kata SPAD.

Ia berkata kajian itu akan siap pada Jun.

“Oleh itu, adalah tidak dapat ditentukan lagi sebarang pemeteraian kontrak untuk melaksanakan projek berkenaan akan berlangsung dalam masa terdekat,” katanya.

Hubungan rel berkenaan, yang dicadangkan di bawah Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dalam Program Transformasi Ekonomi, telah dikenal pasti sebagai pemangkin berpotensi untuk meningkatkan perjalanan antara kedua-dua bandar raya di Asia Tenggara.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s