PAS: Tun Mahathir agak kelakar;

PAS menganggap kenyataan Dr Mahathir Mohamad – bahawa tujuan hidup Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanyalah untuk memenangi pilihan raya – adalah sesuatu yang kelakar kerana tiada parti politik yang enggan mendapat kejayaan itu.

damansara memo to kpm 210206 idris ahmad“Mana ada parti politik yang bertanding tidak mahu menang. Parti tupperware saja yang tidak mahu menang,” sindir ketua penerangannya Idris Ahmad (kanan).

Semalam, Dr Mahathir dilaporkan berkata, tujuan hidup Nik Aziz hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta PKR.

Katanya, Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam Umno, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Beliau berkata, Nik Aziz juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

NONEDalam satu kenyataan petang ini, Idris mendakwa sepanjang Dr Mahathir memimpin Umno, beliau juga bermati-matian “melanggar segala undang-undang dan mencabul demokrasi” kerana hendak menang pilihan raya.

“Memang PAS hendak menang pilihanr aya, supaya Islam dihayati. Bukan dapat kuasa supaya Islam dimatikan dan syiar Islam dipadamkan.

“Perjuangan PAS berbeza dengan umno. Umno menjadikan Islam sebagai alat, bukan matlamat,” dakwa Idris lagi.

Beliau juga berkata, sepanjang mengadakan kerjasama politi dengan parti berlainan idealogi dalam Pakatan Rakyat, tiada sebarang kerugian terhadap parti dan Islam di negara itu.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s