Liwat II: Tumpuan pada DNA lelaki misteri;

Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan pemeriksaan semula ke atas saksi pendakwaan Dr Seah Lay Hong oleh timbalan pendakwa raya Noorin Badaruddin.

Semalam, doktor kanan dari Jabatan Kimia itu memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menemui satu sampel “DNA Y” yang tidak dikenali pada satu bahagian di seluar dalam pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Di samping itu, satu sampel DNA lain juga telah ditemui. Sampel ini ditemui di salah satu spesimen yang diambil daripada bahagian anus dan usus besar Saiful.

Penemuan DNA lelaki misteri inilah yang menjadi perhatian di peringkat perbicaraan ini.

Sementara itu, pihak pembelaan juga dijangka menyoal balas Seah hari ini.

LAPORAN LANGSUNG

11:29am: Selepas kedua-dua belah pihak bertemu hakim di kamarnya, perbicaraan ditangguhkan sehingga jam 3 petang ini.

10:52am: Mahkamah berehat selama 30 minit untuk membolehkan pihak pembela meneliti bahan bukti.

10:38am: Seah bersetuju dengan Ram bahawa beliau tidak melakukan ujian kebarangkalian untuk swab B5.

10:31am: Selain perisian Applied Biosystem Genetic Analysis, Seah berkata peralatan untuk melihat DNA digunakan untuk membuat analisis statistik.

Seah berkata, beliau mahir dalam menggunakan perisian tersebut dan mempunyai sijil untuk mengendalikannya.

Ini meskipun sebelum ini, Seah mendakwa tiga jurutera dipanggil untuk penyelenggaraan peralatan analisis genetik itu.

10.08am: Ram Karpal membangkitkan spesimen yang diambil dari anus Saiful dan membandingkannya dengan carta analisis genetik oleh Seah.

Seah semalam memberitahu mahkamah bahawa tiga sampel DNA berbeza yang diperolehi daripada spesimen itu adalah milik tiga lelaki – Saiful, “Lelaki Y” dan seorang lagi yang tidak dikenali.

9.58am: Seah menafikan bahawa perisian yang digunakan untuk menjalankan analisis genetik itu tidak berfungsi dengan baik.

Beliau menyatakan demikian ketika disoal balas oleh peguam Ram Karpal Singh.

9.39am: Karpal yang mengetuai pembelaan terus membantah tindakan pendakwaan untuk mengemukakan carta ujian DNA yanfg dijalankan Seah sebagai bukti.

Karpal memberi alasan, carta itu dijana oleh komputer. Katanya lagi, bahan berkenaan boleh dikemukakan semula ketika pemeriksaan semula.

Hakim membenarkan carta berkenaan dikemukakan sebagai bukti, tetapi hanya untuk pemeriksaan balas.

9.32am: Pendakwaan mahu carta yang digunakan oleh Seah untuk ujian ke atas sample DNA dikemukakan sebagai bukti.

Tindakan ini dibantah oleh peguam Karpal Singh.

Seah sebelum itu telah menjelaskan peralatan yang digunakannya dalam ujian DNA itu.

9am: Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s