Najib minta bahagian Umno selesai masalah;

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini menasihatkan semua bahagian supaya menyelesaikan segera masalah dalaman di bahagian masing-masing agar parti lebih mantap dan padu.

“Ada dari kalangan mereka membawa memorandum dan sebagainya. Jadi kita akan kumpulkan dan selepas itu kita akan tapis, yang mana kita boleh selesaikan.

“Masalah jangka pendek, kita cuba selesaikan. Yang mana yang mungkin perlu kepada masa yang lama, kita akan pertimbang mengikut kemampuan kita.

“Bukan semua masalah dan tuntutan kita boleh selesaikan dalam masa yang singkat sebab kita tidak kemampuan kewangan untuk menyelesaikan semua masalah dan kehendak rakyat.

“Tapi kita akan cuba memberi keutamaan berdasarkan kepada kemampuan dan permasalahan jika diselesaikan dapat memberi kepuasan kepada rakyat,” katanya.

Menurut Najib, ketua-ketua bahagian itu telah dinasihatkan supaya lebih padu lagi, dari segi kepimpinan,

“Mana-manapun ada (masalah dalaman), tetapi tidak sampai parti kita rapuh seperti parti lain, tidak ada yang tinggalkan Umno. Cuma kita minta mereka kendurkan perselisahan faham di bahagian,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas dengan 118 Ketua Bahagian Umno di Kuala Lumpur.

Berhubung mengenai masalah dalaman yang dihadapi oleh bahagian tertentu, Najib juga turut mendengar dan memberi nasihat yang sepatutnya untuk tindakan bahagian berkenaan “supaya kesepaduan wujud di peringkat bahagian”

Parti rapuh

Katanya masalah dalaman yang berlaku tidak sampai kepada “parti kita rapuh seperti sesetengah parti yang lain”.

“Tidak ada orang meninggalkan Umno, tetapi kita cuba betulkan adalah kalau perselisihan faham di antara pemimpin di peringkat bahagian,” katanya.

“Dalam sistem demokrasi mesti ada persaingan. Ia merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi kita perlu uruskan supaya ia tidak menjejaskan kelicinan pentadbiran di peringkat bahagian,” katanya.

Najib menyifatkan perjumpaan beliau hari ini sebagai cukup berfaedah walaupun mengambil masa yang panjang memandangkan beliau dapat mendengar hasrat daripada ketua bahagian yang kebanyakannya bukan merupakan ahli parlimen, serta rintihan rakyat yang dikemukakan mereka.

“Ada yang timbulkan soal kecil, masalah infrastruktur, pasal hospital, sekolah dan sebagainya. Saya ambil maklum segala-galanya yang mereka bangkitkan,” katanya.

Pertemuan Najib dengan ketua bahagian Umno dari seluruh negara itu tidak membabitkan menteri besar, ahli parlimen, menteri dan timbalan menteri bermula sejak 8.30 pagi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) merupakan sebahagian daripada Pelan Transformasi Politik (PTP) yang menjadi agenda utama Umno serta BN.

Sebelum ini Najib telah mengadakan perjumpaan dengan ahli parlimen BN dan diikuti dengan perjumpaan dengan ADUN BN dari Sarawak di Miri.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s