Menteri: Jejantas RM10 juta dibiayai KLCC bukan k’jaan;

Kos pembinaan jejantas RM10 juta yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan Hotel Impiana KLCC sepanjang 153 meter, ditanggung sepenuhnya anak syarikat Petronas iaitu KLCC (Holdings) Sdn Bhd.

NONEMenteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata kerajaan tidak terbabit langsung dalam perkara itu, dan beliau serta Datuk Bandar Kuala Lumpur juga tidak ada kaitan langsung dalam pemilihan kontraktor.

“Pelantikan kontraktor pembinaan juga adalah melalui proses tender yang ketat dan 100 peratus dikendalikan oleh pihak KLCC,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menjelaskan pembinaan jejantas berhawa dingin yang dilengkapi empat eskalator automatik serta lif untuk kegunaan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) itu dibuat atas dasar tanggungjawab sosial korporat KLCC untuk keselesaan rakyat.

“Ia juga dibuat menggunakan bahan berkualiti tinggi, lengkap dengan ciri-ciri keselamatan seperti CCTV (kamera litar tertutup) yang dihubungkan terus kepada Polis Diraja Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, selain pemasangan jubin khusus untuk OKU,” katanya.

NONEJusteru, Raja Nong Chik berkata dakwaan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bahawa projek itu satu pembaziran serta menelan kos terlalu tinggi, adalah tidak berasas sama sekali.

“Dalam keghairahan berbuat demikian, janganlah sampai hendak menidakkan projek yang sememangnya mengutamakan keselesaan rakyat,” katanya.

Isnin lalu, beliau mengumumkan kos sebanyak RM10 juta digunakan bagi menyiapkan jejantas itu, yang merupakan fasa pertama projek pembinaan jejantas sepanjang 12 kilometer, bagi menghubungkan jalan utama di Kuala Lumpur dengan stesen pengangkutan awam.

Sehari selepas itu, Nurul Izzah mempersoalkan sama ada kos secara purata RM70,422 semeter yang digunakan dalam projek itu menggunakan wang rakyat, dan sama ada tendernya dibuat secara terbuka.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s