S’gor mungkin terima Khusrin jadi SUK;

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini berkata ia masih menjadi pilihan bagi kerajaan negeri untuk membolehkan Datuk Mohd Khusrin Munawi mengangkat sumpah kerahsiaan dan memulakan tugasnya.

NONEBeliau berkata pihaknya sedang menimbang kemungkinan untuk membolehkan Khusrin mengangkat sumpah kerahsiaan di hadapan majlis exco negeri, yang merupakan prasyarat terakhir sebelum bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu, rasmi menjadi setiausaha kerajaan negeri.

Bagaimanapun, kata Khalid, isu tersebut akan dibincangkan dalam satu mesyuarat malam ini, selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Beliau berkata, satu perbincangan akan diadakan ekoran perbahasan di DUN hari ini kerana banyak perkara yang dibangkitkan oleh wakil rakyat Pakatan dan BN.

Khalid memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar sebelum menggulung perkara-perkara yang dibangkitkan sewaktu perbahasan mengenai cadangan pindaan undang-undang tubuh kerajaan negeri hari ini.

Ketika ditanya sama ada Khusrin – yang mempunyai sejarah hubungan kurang baik dengan Khalid dan pentadbirannya – bersedia bekerja dengan kerajaan negeri, menteri besar berkata, beliau yakin Khusrin adalah “seorang profesional, (dan) ia akan melakukan yang terbaik dan dia akan bekerja dengan rakyat.”

Khalid bagaimanapun mengelak menjawab soalan sama ada kerajaan Pakatan menerima kesahihan pelantikan Khusrin itu, dengan berkata ia “bergantung kepada prestasi (nya).”

Beliau juga mengelak soalan sama ada mereka mempunyai tempoh masa untuk membuat keputusan berhubung status Khusrin, dengan berkata “… setiap minggu kita ada mesyuarat exco.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s