Qazaf: Anwar diberi 3 minggu kemuka rayuan;

Mahkamah Rayuan Syariah diKuala Lumpur memberi tempoh tiga minggu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengemukakan hujahan secara bertulis berhubung permohonan rayuan qazafnya yang ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Dalam prosiding hari ini, mahkamah turut mendengar permohonan pindaan yang dibuat oleh Anwar selaku perayu iaitu untuk memasukkan perkataan ‘keseluruhan’ yang dikatakan tercicir dalam notis rayuan, pada 23 April lalu.

azlanPihaknya membuat permohonan itu berhubung satu perenggan yang menyatakan “…tidak berpuas hati terhadap keputusan mahkamah” untuk meminda dengan menambah perkataan “keseluruhan” yang menjadikan; “…tidak berpuas hati terhadap keseluruhan keputusan mahkamah.”

Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak permohonan Anwar supaya memerintahkan pendakwaan yang diwakili Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain bagi meneruskan pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25.

Sehubungan itu, pada 23 April laLU, Anwar, 63, menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Anwar, 63, sebagai perayu menamakan tiga responden dalam permohonan itu iaitu Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain, Pengarah Jabatan Agama Islam (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.

Pada 9 Februari lalu, ketiga-tiga responden memfailkan bantahan awal terhadap permohonan Anwar dengan alasan Mahkamah Tinggi Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan qazaf berkaitan kesalahan jenayah melalui prosedur Mal.

Peguam Dorina Abdullah yang mewakili Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, mahkamah juga memberi tempoh terhadap ketiga-tiga responden yang diwakili peguam Roslizam Rahim untuk mengemukakan hujahan balas mengenai perkara itu.

Beliau berkata, permohonan rayuan itu dijangka didengar awal April ini.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s