Polis diarah siasat hubungan Anwar – pengganas;

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata arahan telah dikeluarkan kepada pihak polis bagi menyiasat dakwaan yang mengaitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kumpulan pengganas antarabangsa.

NONEDakwanya laporan CNN telah mengaitkan Anwar tetapi Hishamuddin mengakui beliau belum membaca laporan tersebut.

“Ia tidak kena mengena dengan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Abdul Razak). Ia hanya laporan CNN yang mengaitkannya (Anwar) dengan sebuah pertubuhan pengganas.

“Saya telah mengarahkan unit anti-pengganas dan juga Cawangan Khas dan mereka sedang berhubungan dengan perisikan Saudi untuk mengetahui sejauh mana Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas ini.

“Ini bukan isu politik. Ini isu keselamatan…suka atau tidak, kita mesti menanganinya dengan serius,” kata Hishamuddin.

Bercakap kepada pemberita di Felda Chemplak selepas solat Jumaat, Hishammuddin juga ditanya jika Anwar akan dipanggil untuk siasatan.

“Saya tidak tahu. Awak perlu tanya kepada polis,” jawabnya.

azlanMenurut CNN, ia telah menemui laporan mengenai siasatan rahsia Arab Saudi berhubung aduan oleh Najib kononnya ada tokoh-tokoh diraja negara itu yang membiayai Anwar.

Menurut laporan CNN, siasatan berkenaan mendapati tiada bukti seumpama itu.

Menurut CNN, sebaliknya siasatan yang dijalankan kerajaan Arab Saudi menjumpai “sesuatu yang sangat berbeza – dan lebih membimbangkan”.

Mereka menemui ratusan dolar wang Saudi yang telah disalurkan kepada ahli politik Islam yang terkemuka dan aktivis politik luar negeri, kata CNN.

Antara lain, laporan itu mendakwa pergerakan politik Persaudaraan Muslim atau Muslim Brotherhood adalah instrumental membuat pembiayaan seumpama itu “ada kalanya” membekalkan dana kepada kumpulan pengganas yang digeruni, al-Qaeda.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s