Gobala perlekeh surat tunjuk sebab PKR

Ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan dipercayai akan dikenakan tindakan disiplin kerana keengganannya menjawap surat tunjuk sebab PKR yang dikemukakan pada 4 Januari lalu.

NONEDalam jawapan angkuhnya di Twitter hari ini, Gobalakrishnan berkata, “Kenapa mesti saya jawab surat tunjuk sebab? Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim dan parti mesti jawap soalan saya dulu. Saya tak akan berhenti sehingga mereka jawab.”

Gobalakrishnan, yang dihubungi pada pelancaran parti baru pimpinan bekas ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim – KITA – mendakwa dia juga tidak dapat memenuhi tarikh akhir 17 Januari itu kerana surat sepanjang 45 mukasurat itu diterimanya pada hari yang sama.

NONEBagaimanapun PKR mendakwa surat berkenaan dihantar ke Gobalakrishnan pada 4 januari lalu melalui pos berdaftar dan tarikh akhir pada 10 Januari kemudiannya dilanjutkan kepada 17 Januari lalu bagi memberinya peluang terus menjawab.

Adalah dipercayai berikutan kegagalannya itu akan menyaksikan Gobalakrishnan diheret ke mesyauarat disiplin PKR kerana membidas parti itu dan pemimpinnya.

NONEBekas naib presiden PKR itu sejak akhir-akhir ini seringkali membidas partinya, khususnya Anwar di Twitter dengan mendakwa PKR mengabaikan masyarakat India.

Bidasannya bermula apabila seorang peguam N Surendran dilantik sebagai naib presiden. Gobalakrishnan mendakwa penggantinya itu kurang pengalaman dan kelayakan bagi mewakili masyarakat India serta tidak fasih berbahasa Tamil.

Beliau juga menyalahkan Anwar kerana penutupan sebuah kuil Hindu di Bukit Gasing, Petaling Jaya.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s