ADUN Pelabuhan Klang ke mahkamah Isnin ini

Timbalan pegerusi perhubungan Umno selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dijangka memfailkan permohonan di mahkamah berhubung keputusan speaker Selangor yang mengisytiharkan kerusinya kosong.

NONE“Badrul akan menfailkan deklarasi (bahawa dia masih ADUN Pelabuhan Klang) di mahkamah.

“Saya difahamkan Isnin ini,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas penamaan calon di Tenang, pagi ini, Noh berkata Badrul Hisham akan memohon kepada mahkamah bahawa beliau masih ADUN yang sah.

Ini berikutan tindakan speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim yang pada Rabu lalu yang mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

Katanya, keputusan itu dibuat mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri dan Badrul Hisham gagal menghadiri sidang dewan antara 8 November dan 13 November tahun lalu dan tidak memohon cuti sehingga 10 Disember lalu.

NONEBeliau bagaimanapun menafikan dakwaan Teng dan berkeras mengatakan beliau hadir pada maajlis perasmian dewan pada 8 November sebelum mengambil cuti untuk rawatan tradisional.

Sebaliknya, Teng berkata Badrul Hisham menipu berhubung kehadirannya pada sidang DUN November lalu.

Tak setuju

“Saya ingin gunakan peluang ini bagi menafikan kenyataan yang dibuat oleh Badrul Hisham yang mendakwa beliau hadir pada majlis perasmian sidang dewan undangan negeri pada 8 November.

“Hanya ada satu majlis pembukaan rasmi. Bagi sesi ketiga sidang dewan undangan negeri ke-12 diadakan pada 12 April dan dirasmikan oleh Sultan Selangor.

azlan“Sidang pada November adalah pembentangan belanjawan tahunan di mana tidak ada pembukaan rasmi diadakan,” kata Teng sambil mengemukakan bukti kehadiran.

Sementara itu, mengulas cadangan usul tergempar pindaan perlembagaan Selangor yang akan dibentangkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat, bagi mengembalikan kuasa Sultan pada Isnin ini, Noh berkata pendirian BN menolak perkara itu tidak bermakna mereka menentang sultan.

“Mereka kata sultan bersetuju bersidang dewan, bila kita kata tak setuju, seolah-olah kita tak setuju dengan sultan.”

“Tapi ini dua isu, sultan berkenan untuk bersidang dewan, dan bukan perlembagaan.”

Katanya, pindaan perlembagaan itu adalah bermotifkan politik.

NONEMenteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Ketiga-tiga jawatan itu sebelum ini terletak pada kerajaan negeri, ditarik balik berikutan pindaan Perlembagaan pada 1993 oleh Tun Dr Mahathir Mohammad yang menjadi perdana menteri yang turut menyebabkan undang-undang di Selangor dipinda bagi memusatkan kuasa Kerajaan Persekutuan.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s