Khalid: Bekas SUK ‘dalang’ perlantikan Khusrin;

Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud didakwa mengemukakan nama Datuk Mohammed Khusrin Munawi kepada Istana Selangor sebagai calon untuk menggantikan beliau walaupun mengetahui bekas pengarah Jabatan Agama Islam itu bukan dalam senarai pilihan kerajaan negeri bagi mengisi jawatan tersebut.

NONEAhli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata Ramli berbuat demikian pada 3 Disember lalu tanpa pengetahuan menteri besar dan seminggu kemudian Sultan Selangor memperkenankan Khusrin sebagai SUK baru.

Keputusan itu juga tidak dimaklumkan oleh Ramli kepada menteri besar dan exco kerajaan negeri yang bermesyuarat pada 16 Disember, kata Khalid.

Menurutnya, Datuk Ramli telah menjayakan satu permainan politik licik untuk meletakkan seorang calon yang tidak dikehendaki oleh kerajaan negeri sebagai Setiusaha Kerajaan Negeri.

“Apa yang terhasil sekarang ini ialah untuk memperlihatkan pertelagahan antara kerajaan negeri dan Istana yang didalangi kerajaan pusat BN. Ini adalah pemainan politik jahat dengan tujuan meletakan calon yang tidak dihendaki oleh kerajaan negeri,” kata Khalid.

Pada sidang akhbarnya, petang semalam, beliau memperincikan urutan peristiwa yang mendedahkan peranan Ramli sehingga membolehkan Khusrin dilantik sebagai SUK baru dengan perkenan Istana Selangor.

NONE“Pada 3 Disember, nama-nama telah dikemukakan kepada menteri besar oleh jawatankuasa yang telah ditubuhkan. Pada hari itu juga, apabila tiga nama ini telah dikenal pasti, pihak Datuk Ramli nampak tiada nama Datuk Khusrin, maka dia telah tulis surat kepada Istana tanpa memberitahu kepada menteri besar. (Ramli) memberi senarai nama yang lain, (dengan) nama yang pertama ialah Datuk Khusrin.

“Pada 10 Disember, Datuk Munir menjawab balik dengan memberitahu Datuk Ramli, Sultan perkenan melantik calon pertama iaitu Datuk Khusrin,” kata Khalid sambil menunjukkan salinan surat yang yang dihantar oleh setiausaha sulit sultan Selangor Datuk Munir Bani.

Khalid berkata Ramli tidak memaklumkan jawapan daripada Sultan Sharaffudin yang memperkenankan perlantikan Khusrin itu kepada menteri besar mahupun exco kerajaan negeri.

“Pada 16 Disember pula, mesyuarat exco dijalankan, Datuk Ramli pun ada. MB memberitahu nama-nama yang akan diserahkan kepada Istana tetapi Datuk Ramli diam sedangkan dia telah tahu (pelantikan sudah dibuat) kerana telah menerima surat dari Datuk Munir pada 10 Disember,” kata Khalid.

NONEKhalid berkata sehari selepas mesyuarat exco itu, menteri besar menghantar nama calon yang disenarai-pendekkan, namun usaha itu sia-sia kerana sultan sudah pun membuat keputusan atas senarai yang dikirim lebih awal oleh Ramli (kiri, berbaju biru).

“Pada 17 Disember, MB hantar tiga nama calon yang dicadangkan oleh kerajaan negeri, tetapi sebenarnya sultan telah membuat keputusan dengan perkenankan pelantikan Khusrin,” katanya.

Khalid berkata Ramli jelas berperanan dalam mencetuskan kemelut pelantikan Khusrin.

“Apa yang saya mahu jelaskan di sini ialah bagaimana satu permainan politik yang licik telah di mana Datuk Ramli telah menerima surat dari Datuk Munir tetapi berdiam diri. Surat yang dihantar kepada Istana tidak diberitahu dan surat yang diterima pun tidak diberitahu walaupun beliau duduk dalam mesyuarat Exco 16 Disember,” katanya lagi.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s