SUK: Pemuda Pakatan protes kepada KSN;

Kira kira 60 pemuda Pakatan Rakyat berhimpun di perkarangan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan, membantah pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) Selangor.

NONEBantahan itu bermula dari hadapan masjid Putrajaya seawal jam 10.30 pagi. Ia diketuai ketua pemuda PKR Selangor, Khairul Anwar Zainuddin; ADUN Teratai, Jenice Lee yang juga ketua pemuda DAP Selangor dan Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridwan.

Kumpulan ini juga membawa bersama buku undang-undang tubuh kerajaan Selangor sebagai ‘hadiah’ untuk diserahkan kepada Sidek.

Polis yang mengawal ketat sejak awal pagi hanya membenarkan tiga orang wakil masuk ke pejabat Perdana Menteri.

NONEPembantu peribadi KSN, Rosli Laji menerima memorandum itu bagi pihak Sidek.

Ketiga-tiga mereka beredar kira-kira 16 minit kemudian dengan disambut laungan “reformasi”, “hormati kerajaan negeri” dan “tolak Khusrin”.

Rampas kain rentang

Sebelum itu, ketika kumpulan berkenaan berarak menuju ke pejabat Perdana Menteri, pihak polis merampas kain rentang yang memangkah muka Khusrin.

NONEKekecohan berlaku seketika namun keadaan berjaya ditenangkan.

Khairul Anwar dalam ucapan ringkasnya berkata kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak sanggup diperlekeh dalam urusan pentadbiran negeri.

Memorandum berkenaan, antara lain, menggesa Sidek menghormati hak kerajaan negeri dalam isu perlantikan Khusrin.

Mereka mendakwa pelantikan Khusrin yang dibuat KSN bukan sahaja membelakangkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, malah mencabul semangat faderalisme.

NONE“Kita kecewa dengan KSN yg mendakwa kerajaan negeri tiada hak dalam isu pelantikan ini.

“Membelakangkan hak kerajaan negeri samalah juga membelakangkan hak rakyat Selangor,” kata Khairul Anuar.

Selain itu, pelantikan itu juga dakwanya turut mengabaikan Nota Amalan Perkhidmatan Awam yang diamalkan negeri.

Ramai calon lebih layak

“Kita tolak Khusrin kerana ramai calon lain yang lebih layak.

NONE“MB sudah bertemu Tuanku semalam, dan kita minta KSN menyatakan pendirian beliau selepas penjelasan dibuat MB semalam,” gesanya.

Dalam pada itu, Hasbullah mahu KSN menarik balik pelantikan itu yang disifatkan mampu menyelesaikan kemelut ini.

Beliau juga menyeru mana-mana pihak supaya tidak mengheret dan berselindung di sebalik istana dalam isu itu.

“Kita berpandangan jika KSN tarik balik, tidak mencemarkan imej beliau.

NONE“Kita minta beliau memberi pertimbangan sewajarnya,” katanya.

Janice pula mendakwa pelantikan Khusrin adalah usaha mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Sehubungan itu mereka menggesa KSN segera menyelesaikan isu tersebut.

Mereka juga mendakwa akan meneruskan bantahan selagi kemelut itu tidak deselesaikan.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s