Gobala terima surat tunjuk sebab 45 halaman;

Kecaman bekas ahli majlis tertinggi PKR, N Gobalakrishnan ke atas pemimpin parti itu akhirnya membawa padah apabila beliau hari ini diberikan surat tunjuk sebab sepanjang 45 halaman.

NONEGobalakrishnan (kiri, berbaju putih) melalui Twitter berkata sekitar tengahari tadi dia menerima dokumen berkenaan melaui faks. Usaha menghubunginya setakat ini tidak berjaya.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution mengesahkan perkara berkenaan dan berkata Gobalakrishnan akan diminta menjelaskan pelbagai ledakan kemarahannya itu.

“Ini (surat tunjuk sebab) adalah prosedur biasa apabila pemimpin parti terus menyerang parti tanpa melalui saluran yang betul,” kata Saifuddin.

NONEGobalakrishnan, yang juga ahli parlimen Padang Serai melepaskan kemarahannya apbila mendakwa pemilihan PKR dicemari penyelewengan.

Beliau juga didakwa berada di rumah Datuk Zaid Ibrahim, sebelum ketua PKR Wilayah Persekutuan itu menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundurkan dirinya dari parti.

Gobalakrishnan juga membidas kepemimpinan parti itu, apabila mereka melantik pendatang baru, N Surendran sebagai naib presiden. Beliau mendakwa ahli politik novis itu tidak mampu mewakili kepentingan masyarkat India kerana tidak fasih berbahasa Tamil.

NONESerangan terbarunya ke atas PKR apabila dia mengecam pemimpin parti itu kerana terbabit dengan perasmian Kuil Sivan di Petaling Jaya. Gobalakrishnan mendakwa Awnar secara peribadi mengarahkan kuil itu ditutup.

Sepanjang tempoh berkenaan, beliau juga banyak memuat-naikkan beberapa ulasan di Twitter di mana beliau membidas pemimpin parti, khususnya Anwar dan timbalan presiden, Azmin Ali.


About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s