Khusrin daftar masuk, MB mengadap Sultan;

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dijadualkan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada jam 11 pagi ini di Istana Mestika, Shah Alam. Ia dipercayai sebagai mencari jalan penyelesaian perlantikkan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru. Khalid yang ditemui wartawan ketika tiba di bangunan setiausaha kerajaan negeri pada jam 10 pagi tadi, enggan mengulas perkembangan terbaru berkenaan. “Kita akan buat pengumuman bila tiba masanya,” kata beliau ketika menunggu menaiki lif ke pejabatnya. Awal pagi ini, Khusrin tiba untuk bertugas di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada jam 6.45 pagi ini, di sebalik kontroversi perlantikannya itu. Beliau juga mengelakkan diri daripada sekumpulan wartawan yang menunggunya di pintu masuk bangunan itu sejak awal pagi. “Tiada masalah,” katanya sebelum terus menyelinap ke dalam bangunan di Shah Alam itu. Khusrin yang memakai sut kelabu berbelang, kemeja putih dan tali leher masuk ke pejabatnya kira-kira pukul 7 pagi selepas kenderaannya dilihat melalui pintu masuk bangunan SAAS pukul 6.45 pagi. Beliau diiringi dua pengawal keselamatan kerajaan negeri ketika masuk ke pejabatnya. Bagaimanapun, adalah dipercayai beliau masih belum melaporkan diri kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Menurut sumber dari pejabat menteri besar, tiada arahan dikeluarkan bagi menahan Khusrin daripada pergi ke pejabat setiausaha kerajaan negeri yang terletak pada tingkat 19 bangunan itu. “Tidak akan berlaku konfrontasi… Sudah tentu, beliau boleh masuk tetapi sama ada beliau akan bekerja untuk kita (kerajaan negeri Selangor) adalah cerita lain,” kata sumber itu. Anggota dan pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dilihat berjaga-jaga di lobi bangunan itu. Khusrin dijadual mengangkat sumpah jawatannya pada 6 Januari ini tetapi kerajaan negeri membantah perlantikkan itu kerana mendakwamenteri besar tidak dirujuk. Kerajaan negeri Selangor dikatakan tidak senang dengan perlantikkan Khusrin oleh kerajaan persekutuan sebagai ketua kakitangan awam di negeri itu kerana beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai khas kepada bekas menteri besar Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ketika Umno menerajui Selangor. Khusrin, 54, dipilih oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud, yang perkhidmatannya berakhir pada 31 Disember lalu. Sebelum dinaikkan pangkat, Khusrin berkhidmat sebagai pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s