Rakyat M’sia didakwa di Sydney miliki dadah A$14j;

Seorang rakyat Malaysia dihadapkan ke mahkamah di Sydney atas pertuduhan memiliki dadah sintetik “ice” bernilai A$14.4 juta dan mengendalikan urusan jual-beli dadah itu.

Kok Loong Wong, 35, dijadual hadir di mahkamah yang sama pada 16 Februari, menurut laporan Australian Associated Press.

Pemeriksaan rutin oleh polis persekutuan di rumah suspek di barat Sydney berjaya menemui 90kg “ice”, rampasan ketujuh terbesar dadah dalam sejarah Australia.

Polis berkata nilai dadah itu di pasaran dianggarkan A$14.4 juta.

Wang tunai kira-kira A$500,000, dikatakan hasil daripada urusan jual-beli dadah itu turut dirampas dalam serbuan itu.

Pegawai Kanan Polis Persekutuan Australia, Komander David Stewart memberitahu pemberita, polis telah mengawasi Wong sudah agak lama dan polis tidak menyangka akan menemui dadah pada jumlah yang begitu besar.

Hasil pemeriksaan di dalam enam kotak telefon bimbit yang dibawa Wong, polis menemui kira-kira A$300,000 dan sejumlah kecil ice.

Selepas ditahan, Wong membawa polis ke apartmen dua biliknya di Blairmount, dekat Campbelltown dan dalam satu daripada bilik itu, polis mendakwa menemui 90kg ice yang diisi dalam empat beg dan wang tunai A$120,000.

Stewart berkata dadah itu kemungkinan diimport dan bakal dijual melalui rangkaian pengedaran dan percaya Wong “orang penting” dalam pengedaran itu.

Dokumen mahkamah menunjukkan Wong, yang mengakui dirinya sebagai pelajar hanya tiba di Australia pada Ogos. Menurut dokumen, dia tidak mempunyai kawan atau keluarga di Australia.

Semasa prosiding di mahkamah, Wong menggunakan jurubahasa Mandarin.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s