Pengarah JAIS ditukar jabatan?

Di balik segala kontroversi dan kritikan bertubi-tubi, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohammed Khusrin Munawi, kini wujud desas-desus yang beliau akan menamatkan tugasnya di jabatan berkenaan bulan depan.

NONEMenurut sumber-sumber dalaman jabatan bawah Majlis Agama Islam Selangor itu, Mohammed Khusrin (kanan) akan ditukarkan ke jabatan lain yang belum dapat dipastikan.

“Beliau kini menghabiskan cutinya di sini (JAIS),” kata sumber-sumber itu sambil memberitahu Mohammed Khusrin “naik pangkat”.

Difahamkan, kekosongannya kerusi panas itu akan diisi pada 6 Januari depan.

Bagaimanapun, sumber itu enggan menjelaskan lanjut perkara itu.

Sebelum ini, nama beliau menjadi terkenal selepas JAIS menahan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 1 November 2009 atas alasan mengajar tanpa tauliah.

Isu itu berpanjangan apabila, tindakan itu dan isu pentauliahan mengundang kritikan beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat seperti Khalid Samad (Shah Alam), Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan Shaari Sungip (Hulu Kelang).

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pcKetegangan terus berterusan dan merebak dalam isu lain, seperti dalam ‘upacara telan air ludah ustaz’ yang didakwa Dr Mohd Asri (kiri) berlaku di sebuah masjid di negeri itu.

Belum pun reda, timbul pula isu ahli parlimen bukan Islam Teo Nie Ching daripada DAP yang memasuki sebuah surau di Kajang.

Isu yang mendapat perhatian istana Selangor itu bermula apabila Utusan Malaysia memetik kenyataan Mohammed Khusrin yang dilaporkan berkata, perkara itu tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Terbaru, JAIS sedang menguruskan kes kontroversi melibatkan tangkapan besar-besaran pengamal Syiah minggu lalu.

Sementara itu, Mohammed Khusrin ketika dihubungi Malaysiakini bagaimanapun menafikan perkara itu.

“Itu semua cerita orang, tak betullah tu, rumours (khabar angin) semata-mata,” kata Khusrin.

“Minggu hadapan saya akan mula bekerja semula.”

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s