Menteri minta Selangor jangan saman Syabas;

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui menyeru kerajaan negeri Selangor dan syarikat-syarikat air di negeri itu untuk mengambil sikap bertolak ansur sebagai pendekatan akhir untuk menyelesaikan masalah sekarang.

NONEJika kerajaan Selangor mengambil tindakan mahkamah terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), ia akan menggangu usaha rundingan terus untuk mengambil alih aset di negara itu daripada peserta, katanya.

“Pandangan saya ialah jika ada peluang untuk menyelesaikan isu itu secara baik, kita harus menggunakan peluang itu.

“Saya tahu ia bukan sesuatu yang mudah tetapi kita juga perlu ingat ini bukan satu kes yang mudah kerana ia melibatkan hak kontrak dan perbezaan dalam apa yang dianggap pendekatan menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata kerajaan Selangor tidak patut mengambil tindakan mahkamah terhadap Syabas apabila ia telah diberi kebenaran oleh kerajaan persekutuan untuk membincangkan kemungkinan membeli empat peserta industri air di Selangor.

Mereka adalah Syabas, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Bhd dan Konsortium Abass Sdn Bhd.

“Apabila anda ke mahkamah, kedudukan menjadi terikat. Anda mahu mahkamah membuat keputusan apabila Selangor dan Syabas sebenarnya patut mencari penyelesaian menang-menang.

“Penyelesaian menang-menang boleh didapati jika kita tidak membuat pendekatan keras,” kata Chin.

Pada Rabulalu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri sedang menunggu masa yang sesuai untuk membawa Syabas ke mahkamah untuk memastikan lesen pengagihan airnya ditarik balik.

Beliau mendakwa program Tabung Budi Syabas adalah bertentangan dengan perjanjian konsesi air.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s