Pakatan Rakyat cadang heret Speaker ke mahkamah;

Pakatan Rakyat bercadang mengheret Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah berhubung tindakannya menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi ahli parlimen pembangkang selama enam bulan daripada menghadiri
persidangan Dewan Rakyat.

NONEAhli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang antara digantung itu berkata keputusan berkenaan berikutan mereka tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan ketika perbahasan usul penggantungan.

“Kita mungkin bawa ke mahkamah. Ada satu duluan dalam kes Gobind Singh di mana, sebenarnya, kita bawa Speaker, Pandikar Amin sendiri…? Mahkamah memutuskan bahawa dalam keadaan tertentu, terutama apabila peraturan keadilan asasi tidak dipatuhi, waktu itu mahkamah mempunyai bidang kuasa.

Terang-terangan

“Ia secara terang-terangan, dan tindakan Speaker, dalam apa jua cara ia tidak boleh dipertahankan. Kita mahu perintah kehakiman dan kami tidak akan biarkan dia terlepas. Kita tidak mahu ini menjadi satu duluan pada masa depan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

NONEAnwar pula berkata beliau akan menggunakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang dijadualkan di Pulau Pinang, Ahad ini untuk menjelaskan kepada orang ramai mengenai penggantungannya dan tiga lagi ahli parlimen pembangkang.

“Kita saksikan tadi cara Speaker mengendalikan sidang. Usul Bukit Gelugor agar speaker berundur kerana percanggahan kedudukan beliau dalam beberapa contoh termasuk pencelaan kepada Bukit Gelugor kerana dibuat secara langsung pertelagahan dalam mesyuarat di antara Bukit Gelugor dan Speaker.

“Tidak wajar Speaker yang buat laporan, dia yang siasat dan dia yang hukum. Dia enggan ambil keputusan yang tegas dalam hal ini maka kita juga enggan teruskan. Bagaimanapun dalam sidang tadi saya bangun untuk meneruskan ucapan tapi dia kata tak ada orang nak berucap.

NONE“Jadi sebenarnya saya nampak dia begitu ‘bias’. Jadi kita ambil pendirian keluar membantah proses ini kerana tidak ada keadilan dan cara Umno BN yang begitu ganas dan rakus menjalankan kuasa, memperolokkan proses dan menghina Parlimen,” kata Anwar.

Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) pula berkata, Pandikar harus berundur dari mempengerusikan dewan kerana beliau sudah tidak mendapat kepercayaan daripada ahli parlimen lagi.

Terima arahan menteri

Ini tegasnya jelas terbukti apabila Pandikar menerima arahan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz untuk membuat keputusan.

NONE“Jelas sebelum kita keluar tadi kita melihat bagaimana speaker menerima arahan daripada menteri. Kita lihat pertukaran nota berlaku dari meja menteri kepada Speaker dan di sini jelas menunjukkan Speaker kita bukanlah seorang individu yang bebas membuat keputusan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang ataupun peraturan mesyuarat.

“Di sini mengiyakan lagi bahawa apa yang berlaku hari ini ialah Speaker gagal untuk melaksanakan tugasnya daripada awal minggu hingga hujung minggu ini kerana arahan yang diterima daripada BN,” katanya yang juga timbalan presiden PAS.

NONESehubungan itu tegasnya, integriti Pandikar sebagai Speaker sudah hilang dan beliau harus berundur.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung Anwar (PKR-Permatang Pauh)
daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

Turut digantung Karpal Singh, R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) di atas beberapa kesalahan.

Karpal dan Sivarasa didakwa telah melanggar peruntukan Peraturan mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis (Dewan Rakyat).

Azmin, melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Dis 2010 di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) didakwa telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Dis 2010.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s