1Malaysia, 1Israel: Anwar digantung 6 bulan;

Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

NONEUsul itu diluluskan tanpa bahas selepas berlaku kekecohan.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sebelum ini mengemukakan syor supaya penasihat PKR itu dikenakan tindakan itu kerana didakwa membuat kenyataan tidak benar.Terdahulu persidangan menjadi kecoh sebaik usul menggantung Anwar dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Perang mulut berlaku apabila wakil rakyat pembangkang mendakwa usul yang dikemukakan itu tidak adil kerana Anwar serta tiga lagi yang menghadapi tindakan sama tidak diberi peluang membela diri.

NONEWakil pembangkang juga mempamerkan kad manila yang mengandungi pelbagai perkataan antaranya ‘BN sokong Apco’, ‘Selamatkan dewan’, ‘Hidup Ketua Pembangkang’ dan ‘Kangaroo’.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang membicarakan kes Anwar-Apcomenjadi ‘mangsa serangan’ kerana didakwa tidak berperanan dengan adil.

Walaupun tertekan, Pandikar cuba bertenang di kerusi nya dan membiarkan kekocohan berterusan tetapi sesekali mencelah dengan mengatakan: “Keputusan saya muktamad.”

Cubaan barisan pembangkang untuk mengetepikan usul berkenaan bagaimanapun gagal apabila kekecohan yang ditimbulkan itu menyebabkan Pandikar Amin memberi kata dua, iaitu sama ada untuk membahaskan usul penggantungan Anwar atau terus mengundi untuk meluluskannya.

Cadangan itu mencetuskan kemarahan wakil-wakil pembangkang yang melaungkan perkataan ‘undur’ dan ‘zalim’ ke arah Speaker itu, manakala Karpal mengugut untuk membawa kes itu ke mahkamah sebelum semua barisan pembangkang bertindak keluar dewan.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s