Muhyiddin: BN akan putuskan pengganti Dr Khir;

Pengganti Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor akan diputuskan oleh pimpinan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita biar pihak berkuasa tentukan (mengenai kes mahkamah). Tapi bagi pihak BN, kita menjalankan tugas seperti biasa kerana kita tidak mahu ini menggugat dan mengganggu pentadbiran parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan agung
perwakilan Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia di Shah Alam hari ini.

Isnin lepas, Mohamad Khir, 45, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi.

Ia melibatkan dua lot tanah dan sebuah rumah di Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya Datuk Shamsuddin Hayroni dengan harga RM3.5 juta.

Hartanah itu dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta, manakala Shamsuddin pula mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

Ekoran itu, Mohamad Khir yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, meletak jawatan sebagai ketua pembangkang.

Muhyiddin berkata meskipun Mohamad Khir menghadapi masalah tapi itu tidak bermakna urusan parti dan urusan di peringkat kawasan tidak dapat dijalankan.

“Apa yang penting, Dr Khir menghadapi masalah, tapi parti dan urusan lain perlu dijalankan seperti biasa. Dalam Dewan Undangan Negeri pula, akan dipilih wakil bagi menggantikan beliau (sebagai ketua pembangkang),” katanya.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s