S’gor dapat lampu hijau bincang dengan SYABAS;

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah memberi lampu hijau kepada kerajaan Selangor untuk meneruskan rundingan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

NONEMenurut setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin (kiri), lampu hijau itu yang diterima lewat minggu lalu, mungkin ada kaitan dengan penemuan bahawa Selangor memiliki aset bernilai kira-kira RM10.9 bilion yang kini digunakan oleh SYABAS secara percuma.

Aset-aset itu, yang termasuk paip, jentera dan loji penapisan air, katanya, sebelum ini milik Jabatan Bekalan Air, dan pemilikannya tidak pernah dipindahkan kepada syarikat konsesi air itu.

Perkara itu disedari selepas kerajaan Selangor menjalankan semakan aset, yang membabitkan kos RM700,000 dan dilakukan dengan menggunakan khidmat juruaudit bebas.

Ekoran penemuan itu, kata Faekah, kerajaan Selangor kini boleh menawarkan “tidak kurang daripada dua pilihan” kepada SYABAS – kedua-duanya, menurutnya, akan menguntungkan rakyat Selangor.

Katanya, mereka boleh sama ada menerima tawaran RM5.7 bilion, atau menyewa atau membeli aset kerajaan negeri bernilai RM10.9 bilion dan terus menguruskan bekalan air di Selangor, tetapi dengan syarat.

water bill 110608“(SYABAS) menjalankan perniagaan, kami faham mereka perlu dapat
keuntungan, tetapi ia harus terhad dan syarat kenaikan tarif hendaklah dipenuhi.

“Jika (SYABAS) memilih untuk membeli atau menyewa aset, contohnya RM30 juta sebulan, maka ia akan menyelesaikan kos kami untuk meneruskan program bekalan air percuma,” katanya.

Faekah berkata, penduduk Kuala Lumpur juga akan mendapat manfaat daripada kawalan kenaikan tarif, walaupun mereka mungkin tidak
menerima bekalan 20 meter padu percuma dari kerajaan Selangor.

Bagaimanapun, ianya terpulang kepada SYABAS untuk menerima atau menolak tawaran Selangor itu, yang akan terus mengenakan tekanan terhadap syarikat konsesi berkenaan.

Semalam, 48 orang ditangkap selepas kira-kira 7,000 bersama dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco kerajaan negeri berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan tarif air kepada Yang di-Pertuan Agong.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s