Samy Vellu berundur, penyokong setia ambil alih;

Presiden MIC S Samy Vellu akhirnya mengundurkan diri setelah menerajui MIC – parti kaum India yang merupakan parti komponen ketiga terbesar BN – selama 31 tahun.Pengganti pilihannya ialah penyokong setianya, Datuk G Panivel, yang akan menjadi presiden MIC yang kelapan.

Manakala setiausaha agung, Datuk Dr S Subramaniam pula dinaikkan pangkat menjadi timbalan presiden.

Bercakap kepada wartawan selepas mesyuarat jawatankuasa kerja pusat (CWC), Samy Vellu berkata: “Saya sangat gembira menyerahkan tugas saya kepada Palanivel dan beliau akan serahkan (tugasnya) kepada Datuk Dr S Subramaniam.”

Samy Vellu, 74, pada mulanya akan terus memegang jawatan presiden sehingga bulan Mac 2012.

Bagaimanapun, terdapat gesaan supaya beliau berundur lebih awal dan menyerahkan jawatan itu kepada Palanivel untuk membuat persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

MIC kalah teruk dalam pilihan raya umum 2008 yang turut menyaksikan Samy Vellu sendiri tewas di kubu kuatnya di Sungai Siput.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s