Najib: BN jangan leka, pertahan Putrajaya;

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak mengingatkan anggota parti itu supaya tidak mudah terleka dan terpesona dengan kejayaan awal yang ditunjukkan parti itu dalam beberapa pilihan raya kecil selepas Mac 2008.

Sebaliknya, tambahnya, BN perlu terus mengukuhkan setiap parti komponennya dan memastikan supaya pentadbiran Putrajaya dapat dikekalkan di bawah parti itu.

“Berbanding pilihan raya umum 2008, BN yang cuba dimomok sebagai sudah suram, Alhamdulillah kini nampaknya semakin hari sudah semakin pulih,” katanya dalam ucapan dasar di konvensyen BN di ibunegara hari ini.

Jelasnya, kejayaan awal itu perlu dijadikan asas kepada kemenangan yang lebih memberangsangkan.

Empat penyakit

Beliau turut mengulangi saranannya sebelum ini kepada pergerakan sayap-sayap parti Umno pada 2008 supaya menyisihkan empat penyakit utama – agar parti itu “berubah atau berisiko rebah.”

“Empat penyakit tersebut ialah delusion atau khayalan, amnesia atau kelupaan, inertia atau kejumudan dan arrogance atau keangkuhan.

“Hakikatnya parti yang terlampau lama berkuasa jarang melakukan muhasabah atau introspeksi terhadap kelemahan diri,” katanya lagi.

Jelasnya, pemimpin seperti itu akan berasa khayal bahawa sokongan yang diterima akan berterusan dan juga terlupa dengan tujuan perjuangan asal.

“Penyakit inertia (pula) terjadi apabila enggan membuat pembaharuan dan perubahan,” katanya.

Tambahnya lagi, penyakit keangkuhan merupakan sikap enggan menerima teguran daripada orang ramai.

“Sesungguhnya semua penyakit tersebut terutamanya keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan berasa menyampah,” katanya lagi.

Pertahan Putrajaya

Dalam ucapan itu juga, Najib mengingatkan anggota BN supaya mempertahankan penguasaan parti itu daripada kemaraan parti pembangkang yang “hanya ingin memenuhi nafsu serakah dan tamakkan kuasa.”

“Kita tahu mereka teringin sangat nak ada pejabat di Putrajaya, teringin sangat nak tinggal di Seri Perdana. Kerana itulah mereka sanggup berbuat apapun.

“Kalau teringin sahaja tak apa, tapi teringin sangat, itu yang bahaya,” katanya yang disambut ketawa sinis hadirin.

Menurut Najib lagi, “angan-angan” 16 September yang dicanang oleh Pakatan Rakyat sebagai tarikh untuk merampas Putrajaya juga kini diketahui sebagai “satu pembohongan terbesar dalam sejarah politik tanahair.”

“Walau apa pun terjadi, kita perlu pertahankan Putrajaya bukan kerana ego atau kepentingan diri yang sempit, akan tetapi demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya,” tambah Najib.

 

Kekuatan BN urus hubungan kaum

Tambahnya, kekuatan BN dalam menguruskan hubungan kaum di Malaysia merupakan satu perkara yang dibanggakan dan BN tidak pernah sekali-kali mengapi-apikan sentimen perkauman.

BN juga menurutnya tidak pernah menjadikan rasisme sebagai teras pengurusan hubungan kaum di negara ini.

Jika kita tinjau di Amerika Syarikat, kononnya sebagai negara yang dijadikan contoh kepelbagian demokrasi pun, telah mengambil masa lama yakni 87 tahun dari tarikh pengisytiharan kemerdekaan yang menyatakan ‘semua manusia diciptakan sama.’

Ia memakan tempoh 102 tahun lagi selepas itu apabila semua diskriminasi dalam pendaftaran pengundi diharamkan,” katanya lagi.

Katanya lagi, BN meraih kejayaan paling besar dalam menukar titik kelemahannya kepada satu kelebihan persaingan.

“Kejayaan ini begitu mengkagumkan kerana kita tidak mengambil jalan mudah mengamalkan kaedah ‘kawah pelakuran’ atau melting pot dalam membina negara – perbezaan yang wujud terpaksa dikorbankan manakala identiti tunggal perlu pula dicipta.

“Kita tidak pernah berusaha melenyapkan mana-mana budaya, tidak juga pernah cuba menukar asal-usul sesiapa. Sampai sekarang ini, masing-masing bebas mengekalkan jati diri,” katanya lagi.

 

 

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s