Tun Lin Menipu Kerajaan Berbilion Dah Kaut Untung;

Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya kes membabitkan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, 67, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk perbicaraan.

azlanTimbalan pendakwaraya (DPP) Manoj Kurup memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menerima permohonan daripada pihak pembelaan untuk memindahkan kes berkenaan pada 30 Ogos lalu.

“Kita telah mempertimbagkan permohonan itu dan Peguam Negara bersetuju memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi,ā€ katanya.

“Kita membuat permohonan mengikut Seksyen 418 di bawah Akta Kanun Jenayah.ā€

Manoj dibantu oleh DPP Dzulkifli Ahmad, manakala Dr Ling diwakili oleh peguam Wong Kian Kheong.

Hakim Suzana Hussin kemudian meluluskan permohonan itu dan mengarahkan kes berkenaan ke tarikh baru yang ditetapkan.

“Atas permohonan pendakwa raya, saya perintah kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya,” kata Suzana.

Beliau juga bersetuju wang ikat jamin RM1 juta ke atas Ling dikekalkan sehingga kes itu disebut semula.

Namun, katanya jumlah itu tertakluk kepada Mahkamah Tinggi untuk membuat perintah selanjutnya.

Hakim itu juga berkata bahawa tarikh sebutan kes ini akan datang, akan ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peguam Ling, Wong Kian Kheong meminta hakim Mahkamah Tinggi untuk mengekalkan ikat jamin RM1 juta sehingga perbicaraan kes itu tamat.

Bagaimanapun, timbalan pendakwa raya Dzulkifli Ahmad memberitahu hakim itu bahawa beliau hanya diberikan kuasa untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan beliau tidak boleh memaksa Mahkamah Tinggi berkenaan mengenepikan atau mengekalkan ikat jamin RM1 juta yang diperintah oleh beliau.

NONEBekas presiden MCA berusia 67 tahun itu menghadapi pertuduhan penipuan terhadap kerajaan Malaysia dengan mengelirukan kabinet mengenai pengambilan tanah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang.

Menurut pertuduhan utama, beliau didakwa menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Terma-terma dalam perjanjian termasuk:

  • saiz tanah 999.5 ekar atau 43,538,200 kaki persegi;
  • harga pembelian tanah RM25 satu kaki persegi yang berjumlah keseluruhan RM1,088,456,000;
  • tempoh pembayaran balik berdasarkan “pembayaran tertangguh” 15 tahun dengan kadar faedah 7.5 peratus setahun (jumlah RM720,014,600).

Ling dituduh menipu kabinet dengan memberikan kebenaran untuk membeli tanah itu mengikut terma-terma dengan secara tidak jujur menyembunyikan fakta bahawa penilaian oleh Jabatan Perkhidmatan Penilaian dan Hartanah, Kementerian Kewangan bagi tanah itu adalah RM25 kaki persegi untuk tempoh pembayaran balik selama 15 tahun, termasuk kupon dan faedah yang boleh dikenakan untuk tempoh pembayaran tersebut.

Dengan itu, beliau mendorong kabinet untuk memberikan kebenaran dengan pembelian tersebut, sedangkan kabinet tidak akan memberikan kebenaran jika fakta-fakta telah dimaklumkan kepada jemaah menteri.

mca general meeting 270806 ling liong sikMenurut pertuduhan itu, penipuan dilakukan dengan diketahui beliau (Ling) yang boleh menyebabkan kerugian kepada kerajaan Malaysia, di mana beliau ada kepentingan dalam urusan berkaitan penipuan itu dan beliau terikat dengan undang-undang untuk melindunginya.

Ling didakwa melakukan kesalahan itu antara 25 Sept dan 6 Nov, 2002 di Level 4, Pejabat Perdana Menteri di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Jika sabit kesalahan, Ling boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya.

Ling juga menghadapi satu pertuduhan pilihan menipu kerajaan dengan mengelirukan kabinet mengenai pengambilan tanah untuk projek yang sama di tempat dan masa yang sama.

Mengikut pertuduhan pilihan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ling, diiringi oleh dua anknya serta isteri, Toh Puan, Ena Ling di mahkamah hari ini dan berkata beliau mahu membersihkan namanya di mahkamah.

“Saya mahu perbicaraan disegerakan,ā€ katanya.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s