‘Third force’ dalam PKR: BN, Umno sedia buka pintu

BN dan Umno sentiasa terbuka dan bersedia menerima sesiapa pun menyertai parti tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ditanya sama ada parti itu sedia menerima golongan ‘Third Force’ dalam PKR yang tidak puas hati dengan pemimpin mereka.

“Mereka boleh menjadi ahli bersekutu, ahli badan bergabung dan sebagainya. Bererti bahawa kita lebih bersifat terbuka dan inklusif untuk kita dapat menarik sesiapa pun yang minat dengan perjuangan BN atau Umno.”

Katanya, kewujudan kumpulan yang dikenali sebagai ‘Third Force’ dalam pakatan pembangkang khususnya PKR, adalah berikutan timbulnya rasa tidak puas hati anggota parti itu terhadap kepimpinan mereka, lapor Bernama.

“Sama ada mereka jadi “Third Force” atau mereka masuk parti yang Datuk Zaid (Ibrahim) nak tubuh atau pun nak masuk Umno dan sebagainya, ini kesan daripada keadaan dalam PKR yang menjurus kepada satu keadaan di mana krisis keyakinan yang begitu serius melanda parti tersebut,” katanya.

Perdana menteri memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Pameran Pertanian, Horikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA 2010) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di Serdang hari ini.

Najib diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali bahawa kewujudan kumpulan yang dikenali sebagai ‘Third Force’ dalam pakatan pembangkang bakal menyulitkan gabungan berkenaan untuk menang besar dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketika merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) semalam, Syed Husin berkata kumpulan berkenaan perlu ditangani
dengan bijaksana dan tidak boleh dipandang ringan.

Perdana menteri berkata keadaan itu juga menunjukkan krisis keyakinan yang begitu serius melanda parti tersebut dan tindakan anggota PKR itu kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap pemimpin mereka.

“Kalau berlaku apa-apa pun, ini kesan daripada rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli PKR sendiri sebab itu mereka sudah menjadi kumpulan yang telah memilih jalan untuk keluar daripada PKR.

Namun, pada masa sama, Najib menafikan bahawa langkah BN membuka keahlian terus itu adalah disebabkan parti berkenaan terdesak untuk mencari pemimpin pelapis.

“Tidak, ini bukan terdesak. Ini bererti bahawa BN sebuah parti yang berubah mengikut masa..ini yang penting. Kita tidak boleh dengan kaedah kita dengan struktur yang lama walhal persekitaran politik sudah berubah.

“Sebab BN perlu menampilkan dirinya sebagai sebuah parti yang sanggup berubah dan boleh berubah…sebuah parti yang segar dan dinamik, bukan parti yang kaku yang tidak sanggup melakukan perubahan,” katanya.

Ditanya jika golongan “Third Force” akan berubah dan menyokong BN, Perdana Menteri berkata: “Saya tidak tahu lagi, ia bergantung,..kita akan lihat perkembangannya tapi ini adalah akibat anggota PKR hilang keyakinan.”

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s