Lebuhraya dinamakan sempena Lim Chong Eu:

Jalan Pesisiran Pantai Timur Pulau Pinang (Jelutong Expressway dan Jalan Bayan Lepas) akan dinamakan semula kepada Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat exco negeri pagi ini sebagai menghormati mendiang mantan ketua menteri Pulau Pinang itu.

NONEDr Lim, 91, meninggal dunia Rabu lalu akibat serangan angin ahmar.

“Penamaan Jalan Pesisiran Pantai Timur Pulau Pinang (Jelutong Expressway dan Jalan Bayan Lepas) merangkumi keseluruhan jalan dari Gat Jalan Prangin sehingga Persimpangan Jalan Batu Maung / Jalan Permatang Damar Laut,” kata Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ia melibatkan empat seksyen yang terdiri daripada Jalan Negeri dan Jalan Persekutuan iaitu:-

1. Lebuhraya Pantai Jelutong dari Gat Jalan Prangin ke Jalan Tengku Kudin (4.14 km);

2. Sebahagian jalan yang masih belum dinamakan lagi iaitu di bawah tanggungjawab Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu dari Persimpangan Bertingkat Jambatan Pulau Pinang ke Jalan Tengku Kudin (2.53 km);

3. Lebuhraya Sungai Nibong di antara Persimpangan Bertingkat Jambatan Pulau Pinang ke Jalan Tun Dr Awang (3.19 km); dan

4. Lebuhraya Bayan Lepas di antara Jalan Tun Dr Awang dan Persimpangan Jalan Batu Maung / Jalan Permatang Damar Laut (7.98 km).

Panjang keseluruhan Jalan Pesisiran Pantai Timur Pulau Pinang (Jelutong Expressway & Jalan Bayan Lepas) dari Persimpangan Gat Jalan Prangin/Lebuhraya Pantai Jelutong / Pengkalan Weld ke Persimpangan Lebuhraya Bayan Lepas / Jalan Batu Maung / Jalan Permatang Damar Laut adalah 17.84 km.

lim guan eng pc on doctored pix and penang bridge 25th anniversaryMenurut Guan Eng lagi, terdapat tiga persimpangan bertingkat, satu jambatan dan satu jejantas sepanjang lebuhraya ini. Lebuhraya ini bertujuan menghubungkan Jambatan Pulau Pinang ke Bandar George Town dan Bandar Bayan Lepas.

“Penamaan semula lebuhraya ini bertujuan untuk memberi penghargaan, pengiktirafan dan penghormatan di atas sumbangan dan jasa bakti yang tidak ternilai mendiang Tun Dr Lim Chong Eu kepada pembangunan negeri Pulau Pinang khasnya dan negara Malaysia amnya,” tambahnya.

Sebelum ini, katanya, kerajaan negeri telahpun memaklumkan akan hasrat untuk menamakan semula lebuhraya tersebut kepada keluarga mendiang Tun Dr Lim Chong Eu.

“Mesyuarat exco pagi ini telah dipendekkan bagi membolehkan ahli-ahli exco menghadiri upacara istiadat pengkebumian dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tun Dr Lim Chong Eu,” katanya.

Guan Eng juga membatalkan semua program awam dan politik beliau sebagai tanda berkabung ke atas pemergian mendiang Dr Lim.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s