KWSP tunggu mesyuarat pemegang saham PLUS:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menunggu keputusan mesyuarat pemegang saham PLUS Expressway Bhd pada Disember sebelum memutuskan tindakan selanjutnya bersabit cadangan pengambilalihan aset dan liabiliti PLUS.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Pelaburan KWSP Shahril Ridza Ridzuan berkata selain kelulusan pemegang saham, dana pencen itu juga mahu mendapatkan kelulusan daripada pemegang bon dan kerajaan.

azlan“Kami perlu membincangkan dengan kerajaan mengenai perjanjian konsesi, kerana sebarang perubahan memerlukan kelulusan kerajaan terhadap konsesi,” katanya semasa ditanya mengenai tindakan KWSP selepas ia memperoleh kelulusan daripada para pemegang saham PLUS.

Shahril bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada Program Kemampanan Perniagaan Bursa Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Awal bulan ini, lembaga pengarah PLUS Expressways Bhd, operator lebuh raya tol terbesar di Asia Tenggara, menerima tawaran semakan bersama daripada KWSP dan UEM Group Bhd untuk memperoleh aset dn liabiliti bagi sejumlah RM23 bilion.

Cadangan pengambilalihan itu membabitkan pembayaran tunai sebanyak RM11 bilion kepada pemegang saham minoriti dan RM12 bilion jumlah hutangnya kepada Khazanah Nasional Bhd, UEM dan KWSP.

Ditanya mengenai potensi penggabungan, atau pengambilalihan membabitkan IJM Land Bhd dan Malaysian Resources Corp Bhd, Shahril berkata :”Kami akan mengkaji cadangan terlebih dahulu dan menetapkan kedudukan kami.”

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s