S’wak Report: Kakitangan Taib kasari jurugambar:

Seorang jurugambar laman Sarawak Report didakwa telah dikasari ketika merakam gambar individu yang keluar masuk daripada sebuah apartmen mewah di London.

Individu yang melakukan perbuatan itu didakwa merupakan kakitangan kepada keluarga ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, lapor laman berkenaan.

Laporan laman itu juga mendakwa, salah seorang pemandu Taib telah mencengkam leher jurugambar wanita itu dan memaksanya memadamkan rakaman yang dibuat.

Insiden itu berlaku apabila anak ketua menteri itu, Sulaiman Abdul Rahman yang juga MP Kota Samarahan meminta kakitangannya supaya keluar daripada apartmen mewah di Hyde Park itu untuk mengenalpasti wanita berkenaan, lapor laman tersebut.

Seorang pemandu kepada timbalan menteri pelancongan itu kemudiannya keluar dan “menyerang” jurugambar berkenaan sehingga beliau diselamatkan oleh seorang saksi di tempat kejadian, menurut laporan itu lagi.

Sarawak Report seterusnya menyebut, tindakan itu antara lainnya menunjukkan bahawa keluarga Taib tidak menghargai tindakan laman tersebut dalam memberikan publisiti mengenai harta yang dimiliki mereka.

Menurut laporan itu lagi, insiden berkenaan kini berada dalam siasatan polis UK.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s