Pertengkaran sambut exco S’gor di kuil Puchong:

Lawatan exco kerajaan negeri Teresa Kok ke kuil Sri Srinivasa Perumal di Puchong – yang terkenal dengan aksi ‘bakar diri’ – disambut kegamatan perang mulut berhubung ‘perebutan’ kawasan itu.

NONETinjauan Komunitikini pagi tadi mendapati pertengkatan itu berlaku antara pengerusi pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Puchong PM Nagamuthu dengan seorang individu berbangsa India yang tidak dikenali.

Difahamkan, pertengkaran itu ekoran lelaki terbabit mahu mempertahankan tiga bahagian kuil – iaitu stor makanan, tandas dan tangki air – di Pusat Bandar Puchong itu daripada dirobohkan untuk diserahkan bawah pentadbiran sekolah.

Kuil dan sekolah terbabit hanya terletak bersebelahan antara satu sama lain.

Bagaimanapun, hingar-bingar selama 10 minit itu berakhir tanpa sebarang kekerasan dan tindakan yang tidak diingini.

Walaupun tindakan itu dilihat cuba mendapatkan perhatian Teresa sebagai exco kanan Selangor, ADUN DAP itu yang diiringi ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo tidak mempedulikannya.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s