Selepas jumpa Clinton, M’sia ikrar keadilan bagi Anwar:

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini selepas perbincangan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton berikrar bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat perbicaraan yang adil berhubung dakwaan kes liwat yang dihadapinya.

“Adalah menjadi kepentingan saya dan negara untuk memastikan Anwar dapat perbicaraan yang adil,” kata Anifah ketika persidangan akhbar bersama, – merujuk terhadap dakwaan yang dikenakan ke atas Anwar yang boleh menyaksikan beliau dihumban ke penjara sehingga 20 tahun.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dipecat dan dipenjarakan atas beberapa dakwaan seks dan rasuah sedekad yang lalu berkata beliau sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik dan melahirkan kebimbangan tidak mendapat keadilan sewajarnya berhubung dakwaan terbaru dengan seorang lagi pembantunya.

Pakatan pembangkang yang diterajuinya membuat kejutan pada pilihan raya umum 2008 lalu dengan menafikan kerajaan BN kemenangan dua pertiga di Dewan Rakyat, – sesuatu yang tidak diduga sejak BN memerintah negara ini lebih separuh abad.

Anwar, yang didakwa mengadakan perhubungan sejenis dengan pembantunya berkata semua tuduhan yang dilemparkan itu bertujuan menamatkan kerjaya politiknya dan melemahkan Pakatan Rakyat.

Badan Hak Asasai Manusia menggesa Malaysia menggugurkan dakwaan ke atas Anwar dan membidas kes itu sebagai “charade of justice,” atau ‘keadilan kepura-puraan’ dan Amerika Syarikat telah memberi amaran bahawa ia sedang memerhati dengan teliti peristiwa berkenaan.

Meliwat walaupun di kalangan golongan dewasa atas dasar kerelaan kedua-dua pihak adalah satu kesalahan jenayah di Malaysia.

Perbicaraan Anwar bermula pada Februari lalu tetapi tergendala akibat penangguhan dan tidak mencapai banyak kemajuan.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s