Liwat II: Laporan asal pemeriksaan gagal dikemuka

Kes perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersambung semula hari ini, dengan peguam bela, Karpal Singh menyoal-balas pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dikejutkan dengan pendedahan seorang doktor pakar bedah am, bahawa wujud sebuah laporan pemeriksaan awal terhadap pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan tetapi laporan itu tidak dibentangkan di mahkamah.

Menurut Dr Razali (kiri) beliau pernah mengendalikan dua kes liwat sebelum kes ini tetapi ini kali pertama dia diminta hadir memberi keterangan.

Katanya, Saiful diperiksa oleh doktor-doktor HKL untuk selama tiga jam dan sepanjang masa berkenaan pegawai penyiasat DSP Jude Pereira hadir bersama.

Beliau berkata doktor yang bertugas mencatatkan sejarah perubatan Saiful dan ada pada satu ketika pegawai polis itu juga menceritakan apa yang berlaku.

Dr Razali Ibrahim juga mengesahkan bahawa doktor-doktor pakar yang memeriksa Saiful antara 28 Jun sehingga 13 Julai 2008 menyediakan laporan awal mengenai hasil pemeriksaan itu.

Disoal Karpal sama ada laporan itu diminta oleh pihak atasan, Dr Razali menjawab “ya”.

Beliau juga berkata laporan polis Saiful terdapat dalam fail berkenaan. Namun semua tiga doktor berkenaan masih belum melihat laporan itu, ketika mereka menyediakan laporan masing-masing.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Zaibidin Mohamad Diah kemudian mengarahkan Dr Razali untuk mendapatkan laporan berkenaan.

Ketua pendakwaraya Datuk Yusof Zainal Abiden berkata beliau tidak tahu menahu mengenai laporan pemeriksaan awal terhadap Saiful yang dimaksudkan oleh Dr Razali.

“Ini kali pertama saya mendengar mengenainya,” beliau memberitahu mahkamah.

Karpal kemudian memohon laporan perubatan yang pertama yang disediakan oleh ketiga-tiga doktor berkenaan selepas mereka merawat Saiful pada 28 jun. Laporan itu disediakan sebelum laporan bertarikh 13 Julai yang ditenderkan kepada mahkamah.

Perbicaraan kes liwat ini kemudiannya ditangguhkan sehingga esok bagi membolehkan pihak pendakwaan mengesan laporan perubatan awal berkenaan.

Di luar mahkamah, Anwar mendakwa pihak pendakawaan menipu mengenai wujudnya laporan perubatan awal.
Seorang lagi, peguam Anwar, Sankara Nair berkata Mohd Saiful menjalani pemeriksaan awal pada 28 Jun dan satu laporan awal disiapkan tetapi tidak diketengahkan kepada mahkamah.

Apa yang dikemukakan oleh pendakwaraya adalah hanya laporan yang memuatkan hasil pemeriksaan oleh Dr Razali dan dua pakar lain iaitu Dr Khairul Nizam dan Dr Siew Sheue Feng yang dibuat pada 13 Julai.

“Pemeriksaan awal telah dijalankan pada 28 Jun dan kami pasti wujud nota-nota mengenai lalar belakang perubatan Saiful dan hasil wawancara dengan beliau, “ kata Sankara.

Sankara berkata laporan awal itu penting untuk membuat perbandingan mengenai maklumat yang terkandung dalam laporan perubatan yang dikemukakan kemudian kepada mahkamah.

Beliau menyifatkan maklumat tertentu dalam laporan perubatan yang dibentangkan di mahkamah agak terbatas, contohnya sejarah perubatan Saiful dinyatakan sepintas lalu menerusi dua perenggan.

Selain Dr Razali, dua lagi doktor yang akan disoal-balas adalah patologi forensik Dr Siew Sheue Feng dan pakar bedah Dr Khairul Nizam Hassan.

Dua pakar dari Australia – profesor yang mengkaji jenayah dan pakar forensik, Dr David Wells serta pakar DNA Dr Brian McDonald – juga hadir bagi membantu pasukan pembelaan di Mahkamah Tinggi hari ini.

Pada sesi terakhir 14 Oktober lalu, Dr Siew, saksi ketiga memberi keterangan bahawa pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan memaklumkan kepadanya bahawa dia diliwat oleh seorang individu berprofail tinggi tanpa menggunakan kondom.

Dr Siew juga berkata siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful.

Katanya, sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal.

“Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki,” katanya.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s