Gendang p’raya, perwakilan Umno lebih berhati-hati

Perhimpunan agung Umno sudah melabuhkan tirainya. Kecuali segelintir, perwakilan yang berucap kali ini dilihat lebih berhati-hati untuk tidak membangkitkan sentimen perkauman yang boleh mengguriskan hati kaum lain.

Mungkin antara sebabnya ialah pilihan raya umum dijangka diadakan
tidak lama lagi. Malah, dalam ucapan dasarnya di perhimpunan Pemuda, ketuanya Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa tanpa sokongan bukan Melayu, BN boleh kehilangan sehingga 50 kerusi parlimen.

Dalam taklimat pra-perhimpunan, difahamkan Perdana Menteri yang juga presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta 2,500 perwakilan supaya tidak membangkitkan retorik perkauman.

Dan dalam ucapan dasarnya pula, Najib sekali lagi menekan bahawa debat mengenai isu kaum mesti ditamatkan. Sebelum ini, ada guru yang dilaporkan membuat kenyataan berbaur perkauman kepada pelajar bukan Melayu supaya ‘balik Cina’ atau ‘balik India’, sehingga mengundang bantahan yang meluas.

Sambil menegaskan tentang ‘inklusif’, Najib serta naib-naib presiden dan ketiga-tiga sayap Umno jelas berusaha sedaya upaya menekannya kepada para perwakilan, bahawa fikiran sempit akan hanya mengakibatkan mereka hilang undi dalam pilihan raya.

Namun begitu, masih ada juga dua tiga kerat perwakilan yang masih bernada tinggi, dengan menuntut supaya sasaran ekuiti bagi bumiputera ditingkatkan dari 30 kepada 65 peratus, sebagai cerminan penduduk negara ini.

Malah, seorang perwakilan dari Melaka menghangatkan perhimpunan itu
apabila mendakwa parti-parti komponen bukan Melayu dalam BN tidak ikhlas untuk membantu orang Melayu mencapai sasaran 30 peratus ekuiti. Ucapannya mengundang pengerusi tetap perhimpunan, Datuk Badruddin Amiruldin (kiri) untuk mencelah dengan jenaka untuk menurunkan suhu panas yang dibangkitkan perwakilan tersebut.

Namun begitu, yang menariknya, para perwakilan dan pemimpin Umno tidak langsung menyentuhkan tentang NGO Melayu – PERKASA – yang pada satu ketika – dilihat sebagai pesaing hebat kepada Umno.

Ini mungkin boleh ditafsirkan sebagai petanda pergeseran dengan PERKASA – yang mendakwa 60 peratus ahlinya adalah dari Umno – sudah reda, dan Umno pula telah berulangkali menegaskan bahawa pendirian parti itu mengenai perjuangan Melayu tidak pernah berubah sejak penubuhannya pada 1946.

Sebaliknya sasaran mereka berterusan ditujukan kepada parti-parti dalam Pakatan Rakyat, terutamanya DAP. Begitu juga, turut menjadi sasaran adalah bekas pemimpin yang meninggal Umno dan kini PKR.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s