TPM bayangkan p’raya mungkin beberapa bulan lagi:

Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggambarkan bahawa pilihan raya umum mungkin akan dilakukan dalam masa beberapa bulan saja lagi.

“Masa di depan kita tidak banyak lagi. Saya tidak pasti bila PM hendak umum pilihan raya tapi hanya tinggal beberapa bulan saja ke hadapan.

“Mahu tidak mahu kita kena hadapi rakyat dalam pilihan raya akan datang,” katanya ketia menyampaikan ucapan penggulungan dalam mesyuarat agung Umno 2010 hari ini.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Razak pula masih berteka-teki tentang kemungkinan pilihan raya umum akan dijalankan dalam tempoh yang dekat.

Katanya, pada masa ini beliau masih perlu memberi tumpuan kepada “kerja-kerja kerajaan.”

Perdana menteri menambah, sekarang ini negara masih berdepan dengan krisis ekonomi yang serius.

“Jadi bila kita dah selesai (baru adakan pilihan raya),” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno hari ini.

Katanya lagi, beliau melihat bahawa pemulihan ekonomi yang dijalankannya berjalan dengan mantap.

“Pelan transformasi pun dah kita rumuskan dengan begitu teliti.

“Insya-Allah hari Isnin ini akan ada pengumuman yang besar berhubung GTP (Pelan Transformasi Kerajaan) dan bererti segala perancangan kita dah sedia untuk dimulakan,” katanya lagi.

Tambahnya, beliau dan timbalannya juga akan mengikuti program untuk bertemu dengan rakyat di seluruh negara.

Ditanya sekiranya program itu merupakan petanda bahawa pilihan raya akan berlangsung tidak lama lagi, Najib berkata langkah itu boleh diinterpretasikan dalam banyak cara.

“Saya ada susunan dalam menjalankan sesuatu,” katanya lagi.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s