Shafie sedia berundur terajui Umno Kedah

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau mempunyai masa yang cukup untuk membantu Umno Kedah untuk merampas kembali negeri itu daripada pembangkang.

Sambil menafikan beliau kesuntukan masa untuk ke Kedah dan menjalankan amanah selaku pengerusi Umno Kedah, beliau berkata apa yang penting ialah pemimpin di semua peringkat termasuk Pemuda berterusan turun padang melakukan gerak-kerja.

“Tidak menjadi masalah. Bukan masalah tidak cukup masa… cukup masa. Cumanya mungkin jawatan itu perlu diberikan kepada orang Kedah untuk ambil alih. Tugas saya cumalah untuk membantu.

“Saya diminta Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk membantu Kedah. Kalau pihak pimpinan mahu kita (bantu), dengan senang hati kita akan bantu. “Saya membantu untuk memberikan Umno (Kedah) bangkit semula supaya kita dapat merampas kembali Kedah,” katanya kepada Bernama, mengulas kenyataan wakil Pergerakan Pemuda Umno Kedah, Basorri Hassan hari ini.

Bassori dalam perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, meminta Umno pusat mengkaji semula pelantikan Mohd Shafie sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah memandangkan beberapa kekangan yang memberi masalah terhadap usaha Umno merampas semula negeri itu.

Antara kekangan yang dimaksudkan perwakilan itu ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu sentiasa mempunyai masa yang terhad untuk menunaikan tanggungjawabnya di Kedah selain sibuk dengan tugasnya sebagai ahli parlimen Semporna dan naib presiden Umno.

Mohd Shafie juga berkata beliau tidak mempunyai masalah sekiranya diminta berundur oleh pucuk pimpinan tetapi menegaskan itu bukannya persoalan pokok yang harus dibangkitkan sekarang.

“Ini bukan tempat saya dan saya faham. Jawatan itu perlu disandang oleh orang Kedah, tapi pelantikan saya ini hanya bersifat sementara sahaja.

“Persoalannya ialah, apa yang penting ialah gerakan menjuarai kepentingan masyarakat mestilah diutamakan. Saya tidak pernah mengejar jawatan sebaliknya hanya diminta untuk membantu parti,” katanya.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s