PNB punyai keupayaan biayai Warisan Merdeka:

Permodalan Nasional Bhd (PNB), yang akan membangunkan mercu tanda Warisan Merdeka bernilai RM5 bilion, menyatakan ia mempunyai keupayaan untuk membiayai projek pembangunan bersepadu itu daripada dananya sendiri.

“Bagaimanapun, kami boleh mendapatkan pinjaman daripada pasaran selagi kami boleh memaksimumkan pulangan kami,” kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman pada taklimat media diKuala Lumpur, hari ini.

Beliau juga menyangkal spekulasi yang projek itu akan dibiayai kerajaan atau sumbernya didapatkan daripada dana amanah sahamnya.

PNB, sebuah syarikat pegangan pelaburan, ketika ini menguruskan dana bernilai lebih RM140 bilion. Ia mempunyai kepentingan besar dalam lebih 300 syarikat tersenarai dan tidak tersenarai.

Rancangan bagi projek berkenaan terdiri daripada tiga fasa yang dijangka selesai sepenuhnya menjelang 2020, diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan bajetnya minggu lalu.

Projek pembangunan bersepadu itu yang terletak di kawasan berdekatan Stadium Merdeka dan Stadium Negara, akan terdiri daripada menara 100 tingkat, dengan pembinaan bermula tahun depan. Ia dijangka siap pada 2015.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s