‘Menara bukan arahan PM’, alasan ‘Pak Pandir’

PAS hari ini menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa, beliau tidak mengarahkan pembinaan Menara Warisan tetapi sebaliknya ia cadangan oleh Pemodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai alasan “Pak Pandir”.

Menurut ketua penerangan parti itu, Idris Ahmad, kenyataan Najib itu bukan sahaja melucukan tetapi seolah-olah percubaan melepaskan bebanan itu kepada PNB.

“Kerana ia (projek Menara Warisan) mendapat kritikan yang hebat daripada berbagai pihak. Wang sebanyak RM5 bilion mampu membina 1667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu pelajar dengan kos RM1 juta di United Kingdom,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Idris, jika sekalipun benar cadangan berkenaan datang daripada PNB, Najib selaku perdana menteri seharusnya memahami keadaan kedudukan kewangan negara sekarang, yang lebih perlu kepada projek yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara.

“Sejak bila pula pula beliau begitu lemah sampai terpaksa mengikut cadangan PNB. Bukankah beliau selama ini begitu gagah sekali membuat keputusan yang merugikan negara tanpa meminta pandangan orang lain termasuklah ahli parlimen, ketika melepaskan khazanah berharga 217 hektar tanah KTMB kepada Singapura dan telaga minyak blok L dan M kepada Brunei yang bernilai RM320 bilion?

“Nampaknya pemimpin Umno cuba hendak menyalahkan orang lain ketika tidak mampu menghadapi satu situasi. Samalah Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika ditanya apa tindakan terhadap dua orang pengetua yang dituduh rasis. Beliau menyatakan beliau tidak ada kuasa sebagai seorang menteri, kerana bukan bidang kuasanya,” kata Idris.

Pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanatnya kepada anggota perwakilan di majlis tertutup Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2010, semalam Najib mempertahankan cadangan pembinaan menara itu dan menyifatkannya bukan pembaziran tetapi bertujuan menjana ekonomi serta mewujudkan satu mercu tanda Malaysia yang maju dan moden.

Beliau mendakwa pembinaan menara itu akan turut membawa manfaat kepada pelbagai sektor.

“Banyak kerja-kerja kontrak yang boleh kita agihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi, dan kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan menempatkan peniaga bumiputera dan bukan bumiputera, menjadi pusat tarikan dan beri keuntungan.

Najib juga mendakwa beliau tidak mengarahkan PNB untuk mewujudkan projek itu.

“Saya tidak arahkan PNB. PNB yang mencadangkan (perkara) ini, sesuatu yang sangat diingini oleh pengurusan atau lembaga (pengarah) PNB,” katanya

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s