Perhimpunan agung Umno bincang pilihan raya:

Perhimpunan Agung Umno 2010 bermula dengan majlis perasmian serentak tiga sayap Umno iaitu pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri malam ini.

Ia akan disempurna oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, jam 8 malam ini.

Petang ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga Presiden Umno akan menyampaikan amanatnya pada majlis taklimat tertutup pada jam 3 petang di Dewan Merdeka, PWTC, yang turut dihadiri oleh anggota Majlis Tertinggi Umno, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta ketua-ketua bahagian.

Perhimpunan Agung kali ini, yang akan berlangsung selama lima hari, melibatkan 4,907 perwakilan.

Sementara itu Forum Antarabangsa 2010 yang julung-julung kali diadakan sempena perhimpunan agung kali ini bersambung hari ini dengan dua lagi sesi panel perbincangan dan enam ahli panel menyampaikan pendapat masing-masing mengenai isu-isu antarabangsa.

Penutupan forum itu dijadual akan disempurnakan oleh Najib, tengah hari ini.

Forum dua hari bertajuk “Pembentukan Warga Global: Liberalisasi Media dan Reliati Baru Politik” itu melibatkan lebih 400 peserta dari dalam dan luar negara termasuk 63 peserta dari 22 parti politik dari 20 buah negara, 54 peserta dari Kelab Umno Luar Negara serta penganalisis-penganalisis politik.

Semalam, ketika merasmikan pembukaan forum itu, Muhyiddin berkata rakyat malaysia memerlukan akses yang cepat bagi menangani pelbagai cabaran baru.

Turut menyampaikan ucaptama semalam adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut mengingatkan kerajaan supaya mendengar pandangan media yang liberal untuk lebih memahami pemikiran semasa orang ramai.

Perbincangan hangat pilihan raya

Sementara itu, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada majlis makan malam, semalam, sempena Forum Antarabangsa mengenai Pembentukan Masyarakat Global, berkata pilihan raya umum dijangka dibincangkan dengan hangat pada Perhimpunan Agung Umno 2010.

“Kita akan menghadapi pilihan raya umum, bila kita tidak tahu, tapi daripada apa yang saya dengar perhimpunan agung Umno kali ini pastinya akan membahaskan isu ini bagi memastikan kita (Barisan Nasional) terus berkuasa,” katanya .

Abdullah berkata beliau percaya pemimpin Umno mempunyai tekad untuk melakukan perubahan di sebalik segala rintangan dan cabaran.

“Jika kita mahu melakukan pembaharuan, parti ini juga mesti melakukan perubahan. Ia merupakan satu tugas yang mencabar dan sukar bagi pemimpin-pemimpin parti, tetapi saya percaya mereka mempunyai tekad untuk melakukan perubahan sewajarnya.

“Kita kini menghadapi satu hakikat baru sebuah dunia yang semakin mengecil, dunia yang pastinya penuh dengan pelbagai masalah dan cabaran, kita tahu apa yang berlaku di seluruh dunia kerana kemudahan komunikasi, dan juga internet… inilah dunia baru,” katanya.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s