Konsesi lebuh raya baru jadi sasaran MP pembangkang

Ahli parlimen pembangkang terus memberi mempersoalkan komitmen kerajaan terhadap Model Baru Ekonomi (NEM) ekoran rancangan untuk membina empat lebuh raya tol baru didedahkan dalam Bajet 2011.

Setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua – yang tidak senang dengan pemberian konsesi kepada dua firma – PLUS Ekspressway Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) – berkata kerajaan perlu menyedari “impak negatif” daripada pelaksanaan penswastaan secara terus.

Semalam, akhbar Edge Financial Daily melaporkan bahawa PLUS akan menjadi operator konsesi dua lebuh raya, manakala PNB akan melaksanakan dua yang lain.

“Mengapa konsesi tersebut tidak ditenderkan? Beritanya mengenainya adalah satu kejutan,” kata Pua (foto – tengah).

“Pertama, program transformasi ekonomi kerajaan memberi keutamaan dan memfokus pada pengangkutan awam. Kedua, nampaknya tiada langsung sebarang penunjuk mengenai asas yang terbuka dan kompetitif seperti yang dijanjikan di bawah NEB perdana menteri,” katanya.

Pua (kanan) memetika pernyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan akan membenarkan tawaran yang kompetitif bagi aset pengswastaan serta nasihatnya mengenai dasar ‘pertama-datang, pertama-dilayan’.

“Ketika menjadi timbalan perdana menteri, beliau mengakui bahawa ‘pengalaman kita juga menunjukkan bahawa dengan memberikan eksklusiviti pada satu bahagian… mempunyai potensi nyata untuk meningkatkan kos akhir dan membebankan pelanggan dan pembayar cukai, “kata Pua, memetik daripada ucaptama Najib di Forum Ekonomi Jeddah pada Februari 2007.

Menurut Pua lagi, ucapan perdana menteri itu merupakan satu “pengakuan terbuka bahawa dasar penswastaan sejak 1980-an” telah gagal.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s