Kes bunuh: Permohonan tiga suspek ditolak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan semakan yang dikemukakan dua peguam adik-beradik dan seorang suspek terhadap perintah lanjutan tahanan reman mereka yang diperoleh polis berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Peguam mereka Ravi Nekoo dalam satu kenyataan hari ini berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan itu pagi ini tanpa mendengar daripada pihak terbabit.

Katanya beliau menerima surat menerusi faksimili daripada Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Haslina Basaruddin pada 11.50 pagi tadi dan terkejut cara keputusan itu dibuat dan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

“Kami berpendapat mahkamah seharusnya mendengar permohonan ini kerana ia membabitkan hak orang yang ditahan seperti mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 325(2) Kanun Prosedur Jenayah,” katanya.

Katanya walaupun mengikut Seksyen 326, hak untuk didengari bukan sesuatu yang automatik, dalam hal berkaitan orang yang ditahan berprasangka, seksyen itu tidak terpakai.

Semalam, ketiga-tiga suspek memfailkan permohonan di pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi supaya disemak semula perintah yang dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 8 Oktober lepas membenarkan tahanan mereka dilanjutkan tujuh hari lagi, yang akan berakhir esok.

Dalam permohonan untuk semakan, Ravi meminta Mahkamah Tinggi meneliti beberapa isu termasuk kegagalan majistret berkenaan menimbangkan permohonan bagi perintah tahanan reman secara individu berbanding ”omnibus”.

Ravi mendakwa majistret berkenaan telah terkhilaf dalam mengeluarkan perintah lanjutan tahanan reman tersebut, manakala alasan yang diberikan polis adalah tidak relevan.

Sosilawati, 47, pemandu peribadinya Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas mereka dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah, dan pada 13 September, polis mengesahkan keempat-empatnya dipukul sehingga mati, mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Banting, Selangor.

Ravi apabila dihubungi berkata beliau sedang menunggu arahan daripada anak guam dan anggota keluarga mereka sebelum memfailkan rayuan.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s