Taib Dalam Dilema:

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berkata terlalu sukar baginya menentukan tarikh pilihan raya Sarawak kerana masih banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum pengumuman mengenainya dibuat, lapor Berita Harian Online.

Beliau mengakui petanda untuk mengadakan pilihan raya kini semakin ketara, namun beliau belum dapat memberikan sebarang keputusan.

“Anda tahu macam mana sukarnya untuk menentukan tarikh pilihan raya? Jika anda hendak berkahwin, anda tentu tahu macam sukar untuk membuat keputusan walaupun keputusan itu hanya untuk seorang saja dan saya terpaksa membuat keputusan untuk lebih dua juta rakyat Sarawak,” katanya kepada Berita Harian Online.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Swinburne, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching, hari ini,

Seramai 292 graduan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu menerima sijil masing-masing pada majlis berkenaan yang turut dihadiri Naib Canselor dan Presiden Universiti Teknologi Swinburne, Profesor Ian Young.

Abdul Taib yang sebelum ini mengumumkan untuk kekal menerajui Barisan Nasional (BN) negeri bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang, berkata perkara utama yang bermain dalam fikiran beliau ketika ini ialah perancangan yang akan dibuat untuk manfaat rakyat Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang.

Beliau berkata, perkara yang dirancang dan diyakini mampu dilaksanakan itu akan dimasukkan dalam manifesto pilihan raya negeri akan datang.

“Saya tidak akan menjanjikan (dalam manifesto) sesuatu yang saya tidak mampu laksanakan. Apa yang saya mampu buat dan tidak mampu buat, bergantung kepada maklum balas rakyat, sebab itu saya harus berhati-hati dengan apa yang saya hendak katakan.

“Saya tidak mahu menjanjikan sesuatu yang tidak boleh diterima rakyat, kemudian ia dirancang tetapi gagal dilaksanakan,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Taib, berkata beliau harus menyediakan manifesto yang mudah difahami rakyat dan untuk pilihan raya akan datang, beliau membayangkan manifesto akan menitikberatkan soal pembangunan ekonomi.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s