HARAPAN BARU !

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan manifesto pillihanrayanya kali ini yang bertemakan ‘Harapan Baru Untuk Malaysia’ bagi membawa negara ini – yang menurutnya berada di persimpangan – kembali ke landasan yang betul.

Manifesto tersebut menawarkan ‘rawatan’ untuk memulihkan Malaysia yang, menurut PKR, “telah diheret ke arah peningkatan krisis antara kaum, kelemahan pencapaian ekonomi, penambahan kadar jenayah dan korupsi bertambah bobrok”.

“Malaysia kini berada di persimpangan jalan dan kita perlu memutuskan apakah kita bersedia untuk masa depan yang lebih baik,” kata Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika mengumumkan manifesto partinya hari ini.

Turut hadir, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan presiden Dr Syed Husin Ali dan ketua penerangan PKR Tian Chua.

Manifesto itu mengandungi visi PKR untuk mengembalikan Malaysia ke pangkal jalan dan membina sebuah negara yang mencerminkan potensi, bakat dan kewibawaan sebenar rakyat Malaysia.

Ia menumpukan kepada lima teras utama sebagai kunci utama dalam memulakan proses merawat Malaysia.

Lima teras utama tersebut ialah:

Negara madani untuk semua – mempertahankan perpaduan, hak asasi dan integriti.

Ekonomi maju untuk semua – pengagihan sama rata menjana daya saing yang tinggi.

Malaysia yang selamat untuk semua – Pasukan polis yang bersih untuk perlindungan rakyat.

Harga rendah untuk semua – kawalan harga petrol dan barangan.

Pendidikan terbaik untuk semua – kualiti pendidikan tertinggi yang percuma.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s