Zaid: Saya mampu hubungkan Pakatan

Datuk Zaid Ibrahim berkata, sekiranya diberi kepercayaan dalam pemilihan PKR kali ini, beliau mampu memainkan peranan menghubungkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

“Parti (PKR) perlu mempunyai kekuatan tersendiri; kita juga perlu mempunyai hubungan akrab dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

“Saya mampu memainkan peranan ini dengan lebih berkesan supaya kekuatan parti terjamin,” katanya yang kini turut bertindak sebagai penyelaras gabungan parti pembangkang – DAP, PKR dan PAS.

Sehubungan itu, Zaid berkata, kerajaan negeri pimpinan DAP dan PAS akan diberi peranan besar supaya usaha menguasai rakyat bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya akan datang dapat digerakkan secara bersepadu.

Mengumumkan ‘manifestonya’, Zaid yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR menegaskan, kekuatan parti itu sangat penting bagi memastikan penyatuan dan keutuhan Pakatan berterusan.

“Hakikatnya, PKR perlu menguasai lebih kerusi di Parlimen supaya melayakkan kita menjadi tunggak kepada Pakatan Rakyat selain bertindak sebagai ketua pembangkang yang berkesan,” coret Zaid dalam blognya hari ini.

Janji sukar ditolak: Wang

Sementara itu, dalam janji lima perkara itu juga, Zaid memberikan komitmen yang nampaknya sukar ditolak oleh akar umbi PKR, antaranya bantuan tenaga dan kewangan berterusan kepada cabang.

“Hari ini banyak cabang ‘hidup segan mati tak mahu’ disebabkan faktor kekurangan sokongan kewangan.

“Saya mampu menghidupkan kembali kekuatan cabang ini, termasuk mencari jalan mengisi tabung cabang supaya kita mempunyai jentera yang kuat dan bersemangat,” katanya bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Zaid juga berazam mengundang ‘reformis sebenar’ kembali ke PKR dan memberikan mereka tanggungjawab dan peranan yang lebih besar.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan menjadikan parti itu lebih inklusif, lebih bersemangat, dinamik dan bukan berkisar kepada isu lama.

“PKR memerlukan lebih banyak keahlian dari yang ada sekarang dan aktiviti kemasukkan ahli-ahli baru mesti digiatkan. Kita perlu mempelawa sesiapa saja yang berkebolehan dan ingin memberi sumbangan, tanpa mengira baru atau lama, atau yang sudah ‘ditarbiah’ atau pun belum.

“Meritokrasi dalam parti kita sama pentingnya dengan laungan meritokrasi dalam manifesto pilihanraya,” katanya yang juga pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Pemimpin kanan tolak

Selain itu, Zaid juga mahu berusaha melenyapkan prejudis dan syak wasangka antara kumpulan, kaum dan agama bermula daripada dalam PKR, sesuai dengan kedudukannya sebagai parti berbilang kaum.

Beliau mengingatkan, seseorang pemimpin tidak akan berkesan sekiranya mempunyai masalah yang banyak, sama ada dalam politik atau peribadi.

“Masanya akan lebih banyak tertumpu untuk penyelesaian perkara-perkara ini dari melunaskan masalah yang membabitkan parti dan rakyat. Saya berkeyakinan saya mempunyai kemampuan untuk memberi tumpuan secukupnya kepada hal ehwal parti,” katanya.

Bagaimanapun, perkara itu mungkin tidak mudah buat Zaid.

Menurutya “ramai pemimpin kanan dalam parti yang menolak gagasan dan wawasannya dengan berbagai-bagai alasan”.

“Itu sebenarnya tidak penting bagi saya tetapi saya menyedari rakyat dan ahli-ahli parti telah cukup matang untuk melihat dan menilai setiap pemimpin yang ada,” tegas Zaid lai.

“Maka terpulanglah kepada ahli-ahli menilai gagasan yang saya bawa ini.”

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s