Tengku Fakhry kecewa gelaran ditarik balik: Kemelut istana Kelantan

Tengku Muhammad Fakhry Petra mendakwa kekandanya tidak mempunyai kuasa untuk melucutkan gelaran Temenggong dan semua anugerah yang diberikan kepadanya sebelum ini kerana berpendapat ayahandanya, Tuanku Ismail Petra masih sebagai Sultan Kelantan.

Pemasyhuran kekandanya, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Istana Balai Besar pada 13 September lepas.

Bulan lepas, Tuanku Ismail memfailkan petisyen di pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya bagi mendapatkan pengisytiharan mahkamah berkenaan bahawa pemasyhuran anakanda sulung baginda itu tidak mengikut perlembagaan.

Dalam satu kenyataan semalam, Tengku Muhammad Fakhry berkata beliau kecewa dengan tindakan Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V melucutkan gelaran Temenggong dan semua anugerah yang diberikan kepadanya sebelum ini.

Katanya beliau menerima nota daripada Setiausaha Kerajaan Datuk Mohd Aiseri Alias semalam yang memaklumkan mengenai keputusan Sultan Kelantan itu.

“Saya kecewa tetapi tidak terkejut kerana baginda dilihat sebagai wajar untuk mengambil tindakan itu,” katanya.

Sultan Muhammad ke-V turut menarik balik Darjah Kerabat Yang Dihormati (DK) (Al-Yunusi) serta Tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) (Al-Muhammadi) yang sebelum ini dianugerahkan kepada adinda ketiga baginda itu.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s