Kulasegaran Batal Hasrat Saat Akhir: DAP Crisis

Timbalan pengerusi DAP Perak, M Kulasegaran telah membatalkan pada saat akhir, sidang akhbar berhubung apa yang dipercayai krisis dalam kepimpinan DAP negeri itu.

Difahamkan beliau telah dipujuk oleh pimpinan tertinggi DAP supaya
bertenang untuk tempoh seminggu ini.

Beliau sepatutnya mengadakan sidang akhbar itu pagi ini untuk mendedahkan dakwaan usaha puak ‘Ngeh-Nga’ untuk melemahkan pemimpin yang tidak sehaluan dengan mereka.

Puak ‘Ngeh-Nga’ – panggilan yang diberikan kerana pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Khoo Ham (paling kiri di foto bawah) dan setiausahanya, Nga Kor Ming (tengah) adalah sepupu – terlibat dalam konflik dengan ramai pemimpin DAP di negeri itu sejak beberapa tahun lalu kerana tidak selesa dengan gaya kepimpinan autoritarian kedua-duanya.

Usaha untuk menyelesaikan konflik tersebut berlangsung dalam mesyuarat pimpinan tertinggi DAP di Ipoh malam tadi, yang turut dihadiri penasihat parti, Lim Kit Siang.

Bagaimanapun, rundingan damai itu gagal dengan kem Kulasegaran mendakwa bahawa puak ‘Ngeh-Nga’ enggan berkompromi atau mengotai janji mereka.Ketika dihubungi hari ini, Kulasegaran berkata beliau akan berlepas ke luar negara selama seminggu dan akan mengadakan sidang akhbar sekembalinya ke tanahair nanti.

Kulasegaran mengakui bahawa beliau meninggalkan mesyuarat malam tadi selepas berlangsung selama 90 minit kerana ia menemui jalan buntu.

“Saya kecewa kerana tiada penyelesaian bermakna dapat dicapai dengan kepimpinan negeri,” katanya.

Kulasegaran mengesahkan bahawa beliau dan beberapa pemimpin lain tidak senang dengan usaha puak ‘Ngeh-Nga’ untuk memperkukuhkan penguasaan mereka ke atas DAP Perak.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s