Kottapan Dibelasah Samseng Yb Azmin Dituduh- Kota Raja

Polis sedang menyiasat kes pergaduhan semasa pemilihan perwakilan PKR Cabang Kota Raja di Shah Alam, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin berkata pihaknya menerima enam laporan polis daripada kedua-dua pihak yang terlibat dalam pergaduhan semasa proses pemilihan yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di Bukit Naga.

Beliau berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan dan sedang dalam roses mengambil keterangan daripada mereka yang terlibat termasuk eco Selangor Xavier Jayakumar dan calon Ketua Cabang Kota Raja S Kottapan.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata dan Seksyen 148 kanun yang sama kerana merusuh,” katanya ketika dihubungi semalam.

Laporan sebuah akhbar hari ini berkata Kottapan yang kini dirawat di sebuah pusat perubatan swasta di Klang mendakwa beliau diserang oleh hampir 40 samseng yang didalangi oleh seorang pemimpin utama PKR pusat.

Kenyataan itu bertentangan dengan dakwaan beberapa pemimpin PKR termasuk Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution bahawa kekecohan yang berlaku pada pemilihan di beberapa cabang PKR di seluruh negara Ahad lalu adalah angkara ‘orang luar’.

Kottapan juga mendakwa tiga anaknya yang lain turut dibelasah samseng serta dihentak dengan kerusi, kayu dan topi keledar.

Sementara itu, Dr Xavier ketika diminta mengulas kenyataan Kottapan berkata dakwaan Kottapan bahawa beliau membelasah calon yang menentangnya bagi merebut jawatan Ketua Cabang adalah satu fitnah yang hanya mahu menjatuhkan nama beliau.

Katanya tindakan Kottapan mungkin kerana tidak berpuas hati kerana sudah kalah teruk dengan perbezaan undi lebih 700 dengannya.

Ditanya mengenai dakwaan Kottapan kejadian itu adalah angkara Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Dr Xavier berkata itu adalah fitnah yang paling besar.

Mohamed Azmin tidak datang ke cabang itu dan mengapa perlu namanya disebut dalam kejadian berkenaan, katanya lagi.

Dr Xavier berkata beliau akan berunding dengan peguamnya esok mengenai kejadian itu.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s