Bonggok Tan Sri Rozali Mahu 37% Harga Air DiNaikkan Akan Lebih Mahal Dari Minyak: Sialan Syabas

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menuntut bayaran “pampasan” M308 juta dari kerajaan Selangor kerana mendakwa dihalang daripada menaikkan tarif air di Selangor.

SYABAS membuat tuntutan itu menerusi dua surat tuntutan bertarikh 15 Septermber lalu, kata setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin.

Katanya, syarikat tersebut menuntut pampasan itu kerana mendakwa mengalami kerugian kerana keengganan kerajaan Selangor membenarkan tarif air dinaikkan yang dikatakan terkandung di dalam perjanjian konsesi.

“SYABAS pada masa yang sama mengugut untuk mengheret kerajaan Selangor ke mahkamah jika gagal menunaikan tuntutan mereka dan enggan mematuhi syarat perjanjian,” tegas Faekah dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri tidak gentar dengan tuntutan SYABAS itu.

Kerajaan negeri, katanya, berpendapat syarikat itu tidak layak sama sekali untuk menaikkan tarif air sedangkan rakyat Selangor masih berdepan dengan pelbagai masalah air.

“Antaranya, bekalan air yang teruk, bekalan air yang tidak berkualiti dan peratusan air tidak berhasil (NRW) yang tinggi disebabkan penyelenggaraan paip yang buruk yang telah mengakibatkan kerajaan negeri kerugian berjuta ringgit,” tambahnya.

Menurut Faekah, jika SYABAS dibenarkan menaikkan tarif air sehingga 37 peratus seperti yang disebut dalam perjanjian konsesi, harga air akan menjadi lebih mahal daripada harga petrol hari ini.

“Kerajaan negeri tidak akan membenarkan perkara ini berlaku kerana rakyat masih dibelenggu dengan kemelut ekonomi global, apatah lagi perkhidmatan air yang diberikan tidak setimpal dengan harga yang dikenakan.

“Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Selangor mempertahankan hak rakyat Selangor mendapatkan perkhidmatan air yang terbaik dengan harga yang berpatutan.

“Air adalah keperluan asas yang dianugerahkan Allah dan oleh itu, hanya kos minimal bagi proses rawatan air patut dikenakan,” tambahnya.

Katanya lagi, konsep penswastaan yang diperkenalkan pada 1982 mempunyai matlamat jelas iaitu mengurangkan tanggungan kerajaan dalam memberi perkhidmatan asas kepada rakyat dan pada masa yang sama tidak membebankan rakyat dengan bayaran yang melampaui kemampuan.

Pengenalan konsep tersebut, tambahnya, tidak tercatatat langsung bahawa penswastaan bertujuan untuk memberi keuntungan melampau kepada mana-mana pihak apatah lagi mereka yang berkait rapat dengan pemerintah.

Pada masa yang sama, kata Faekah, kerajaan Selangor yakin mempunyai hak dan alasan yang kukuh untuk mengheret SYABAS ke mahkamah kerana kegagalannya mematuhi beberapa asas penting yang terkandung dalam perjanjian konsesi air yang ditandatangani.

“Akibat kegagalan tersebut telah merugikan rakyat Selangor sehingga mencecah jutaan ringgit,” tambahnya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, katanya, telah berulangkali menegaskan bahawa kerajaan negeri akan menentang dengan cara apa sekali pun usaha SYABAS atau mana-mana pihak yang mencabar rakyat Selangor terhadap hak mutlak air.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri menangguhkan sebarang niat untuk menggunakan hak sedia ada (undang-undang) bagi menghormati perbincangan pihak-pihak yang terlibat dalam menyelesaikan penstrukturan semula hak konsesi air dan model perancangan yang boleh digunapakai.

“SYABAS sesungguhnya maklum akan perbincangan yang dilakukan dan adalah amat tidak wajar bagi SYABAS membuat tuntutan pampasan di peringkat ini,” tambahnya.

Kerajaan negeri, katanya, akan melancarkan gerakan menyelamatkan rakyat Selangor dalam masa terdekat ini.

“Rakyat dengan ini digesa untuk bersatu bersama kerajaan negeri demi mempertahankan hak dan maruah. Percayalah, dengan usaha yang gigih dan doa yang berpanjangan usaha rakyat Selangor akan beroleh kejayaan,”

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s