YB Azmin Ali Bakal Menduduki Kerusi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat…! Tahniah!

Azmin 90 – Fuziah, Shamsul dahului calon naib
Fly Angel’s | Sep 30,  01:44am
Seperti yang dijangkakan, naib presiden PKR, Azmin Ali pula terus mendahului dengan memperolehi 90 pencalonan bagi jawatan timbalan presiden.

azlanManakala ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin mendahului pencalonan untuk bertanding jawatan naib presiden PKR dalam pemilihan parti itu November ini.

Azmin mendahului para pencabarnya selepas 150 cabang PKR selesai bermesyuarat sehingg ini.

Pencabarnya, ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim  memperolehi 33 pencalonan, ketua PKR Perak Mustaffa Kamil (16)  manakala menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (4), ahli parlimen Batu Tian Chua (4).

azlanDatuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mendapat dua pencalonan bagi jawatan timbalan presiden manakala Fuziah dan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar masing-masing mendapat satu pencalonan.

Bagaimanapun, Fuziah yang juga pengarah pilihan raya PKR, mendahului pencalonan bagi jawatan naib presiden.

Selepas 143 cabang selesai bermesyuarat, beliau memperolehi 108 pencalonan.

Manakala Shamsul pula memperolehi 43 pencalonan daripada 159 cabang yang telah bermesyuarat sehingga ini.

Manakala penyandang jawatan naib presiden, R Sivarasa yang juga ahli parlimen Subang memperolehi 24 pencalonan manakala Lee Boon Chye pula mendapat 27 pencalonan.

Dua lagi penyandang penyandang jawatan tersebut- Azmin mendapat 11 pencalonan manakala Mustaffa pula memperolehi 31 pencalonan.

Turut dicalonkan untuk jawatan naib presiden ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman (27), Tian (23), Nurul (16), N Gobalakrishnan (15), Khalid (14) dan ketua PKR Johor,
Datuk Chua Jui Meng (11).

pkr congress agm kota baru 300510 crowdDr Wan Azizah pula mendahului pencalonan untuk mengekalkan jawatan presiden.Sehingga ini Wan Azizah mendapat 111 pencalonan daripada 126 cabang yang telah selesai bermesyuarat, manakala ketua umum PKR pula, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat 13 pencalonan. Zaid pula mendapat dua pencalonan.

About Fly Angel's

Politician
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s